Ahad, Januari 03, 2010

Allah Tuhan Manusia



Allah itu tuhan manusia bukan untuk umat Islam sahaja

HermanSamsudeen

Pertama kali Rasulullah dengar nama Allah adalah dari mulut seorang pendita Nasrani dan ketika menjadi Nabi, Rasulullah tak pernah halang kaum Yahudi dan Nasrani guna nama Allah dalam kitab mereka, kerana itu tidak sedikit pun melemahkan akidah Umat Islam, tetapi Rasulullah tegaskan perlaksanaan hukum Islam, kerana itu adalah arahan Allah.

Jika Umno benar-benar kata umat Kristian tak boleh guna nama Allah, kita cabar mereka agar Kitab Injil dalam apa jua bahasa yang ada menyebut perkataan Allah diharamkan dinegara ini.

Umno sudah memerintah lebih 50 tahun dan kitab Injil yang digunakan dinegara ini sudah lebih 50 tahun gunakan nama Allah berkali-kali didalamnya, tapi kenapa Umno tak haramkan? kenapa ahli umno tak berdemo depan gereja selama ini?

Bila hari raya, deepavali dan Krismas Umno sanggup nak kongsi dengan mereka sedangkan itu lebih merbahaya dari segi akidah kerana kita mencampur baurkan amalan kita dan mereka dalam satu upacara pesta.

Orang yang benar-benar memahami Islam tidak akan kecoh pasal hal ini, kerana Akidah Islam tidak akan rosak bila orang bukan Islam menyebut Allah itu tuhan mereka juga.

Umat Islam berhak untuk marah kalau perkataan atau nama Allah digunakan untuk merujuk binatang, manusia atau apa jua makhluk, tapi kita janganlah melenting tak tentu pasal kalau orang Kristian kata Allah itu Tuhan, kerana itulah kedudukanNya yang sebenar.

“Pendirian kami (PAS), siapa pun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut”, -Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS.

Orang kristian percaya ada 3 tuhan dan salah satunya Allah…bagi kita Allah itu yang Maha Esa tiada dua, tiada tiganya!

Kita tidak menerima tauhid Kristian. Itu kepercayaan mereka yang dibina atas dasar tidak mengetahui bukan kerana mereka ingin persendakan.

Kita kena jelaskan mereka dengan hujah yang betul bukan mengharamkan mereka mereka menyebutnya. kalau nak haramkan patut haramkan mereka sebut “Messiah anak Allah” bukan haramkan mereka kata Allah itu tuhan kerana Allah itu memang tuhan.

Saya lebih setuju kalau Kementerian Dalam Negeri (KDN) haramkan mereka merujuk Messiah atau jesus atau Isa itu anak Allah dan juga Maryam itu Isteri Allah, itu lebih spesifik. Maka tuntutan pengharaman itu kena jelas bukannya umum.

Ketahuilah bahawa semakin ramai yang tahu Allah itu tuhan yang esa, maka berbanggalah kerana mereka sudah mengiktiraf Allah sebagai tuhan kita. Sedarlah bahawa Allah itu tuhan bagi sekalian manusia dan alam ini, bukan untuk orang Islam sahaja. Kita digelar orang Islam kerana kita tahu perkara ini dan kita hidup untuk menyembahnya.

Kita berdoa semoga Allah beri hidayah kepada kaum-kaum yang sesat ini untuk memeluk Islam.

shalehudin


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. jom kita berkongsi pendapat di http://akumelayuislam.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama3/1/10 10:44 PG

    salam..

    saya sedih bila perkara yg melibatkan Islam kita masih nak kaitkan dgn parti politik. org politik memang tak ikhlas tak kira apa parti, asalkan dapat satu undi semua halal.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...