SHAH ALAM - Tradisi ‘menjijikkan’ seperti berkhalwat, meneguk arak dan sebagai yang dilakukan segelintir masyarakat terutamanya golongan belia setiap kali sambutan tahun baru membuatkan pihak penguat kuasa sentiasa melakukan operasi bagi membanteras ‘noda’ tersebut.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bergabung tenaga bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) melancarkan operasi bersepadu dengan menggempur hotel, pusat hiburan dan taman rekreasi yang sering menjadi golongan tidak bermoral itu.
Pada operasi tahun baru semalam, Jais berjaya mencekup 52 pasangan dalam beberapa serbuan di tiga daerah iaitu Shah Alam, Klang dan Kajang di beberapa hotel bajet.
Tangkapan itu majoritinya membabitkan golongan belia berumur antara 20 hingga 30-an sama ada yang sudah bekerja ataupun penuntut institut pengajian tinggi (IPT)
Kebanyakan daripada mereka ditahan ketika berdua-duaan dalam bilik hotel di sekitar negeri ini dan ada di antaranya hanya dibaluti dengan tuala mandi ketika serbuan tersebut dilakukan.
Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd. Hidayat Abd. Rani berkata, operasi khas yang bermula kira-kira jam 10.30 malam dan berakhir jam 6 pagi ini memfokuskan kepada tiga kes kesalahan iaitu minum arak, berkhalwat serta memaparkan perlakuan tidak bermoral di khalayak ramai.
“Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 105 kes direkodkan di mana Shah Alam mencatatkan 32 kes, Klang (40) dan Kajang (33).
“Manakala, lebih daripada 100 individu melibatkan tiga kes berkenaan diarahkan hadir ke sesi kaunseling,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
sinarharian
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Setakat panggil ke sesi kaunseling tak guna. Patutnya masa tangkap, sebelum dibebaskan panggil sekali ibu bapa mereka. Dedahkan keburukan anak2 mereka di depan ibu bapa mereka.
BalasPadamSebat!!!!
BalasPadam