Selasa, Januari 05, 2010
Gerakan Islam Terbesar Tanahair Sokong Penggunaan Nama Allah
Gerakan Islam terbesar tanahair, Parti Islam Se-Malaysia hari ini menyatakan sokongan kepada penggunaan Allah oleh masyarakat Kristian Katolik.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dibacakan Ketua Penerangan Idris Ahmad lewat jam 11.45 malam tadi, Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata sokongan ini konsisten dengan prinsip Islam dan Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan ini dicapai Lajnah Politik Pas selepas bermesyuarat hampir tiga jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur.
Biro pimpinan terkanan Pas menegaskan bahawa penggunaan nama Allah oleh penganut-penganut agama samawi - Islam, Krsitian dan Yahudi - boleh diterima.
Pendirian ini konsisten dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh Islam tanahair sebelum ini.
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dinobatkan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.
Dalam nada tegas, Pas memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menyalahguna nama Allah demi politik atau untuk mengelirukan masyarakat.
"PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat,"
Kes 'Allah' ini menguja kembali sejarah konflik antara masyarakat majmuk di negara ini, yang pernah terjerumus dalam rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969.
Sebuah kumpulan pro-Melayu, Pribumi Perkasa, merancang untuk menganjurkan tunjuk perasaan pada Jumaat depan di masjid-masjid utama negara sebagai tanda bantahan.
Kerajaan Pusat turut berikrar untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh warta katolik, The Herald, minggu lalu.
Pas, selaku gerakan Islam terbesar negara, melalui presidennya Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa ia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghasut atau mengambil tindakan provokasi yang boleh membawa kepada ketegangan agama.
tvs
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
nak juga tgk orang UMNO buat demontrasi..pas kita tgk je lah FRU plak..sembor air ke tak atau dok tgk jer
BalasPadamsilap tajuk ni. sokong tak sama dengan "boleh diterima"
BalasPadamkiasu said...
BalasPadamDalam 10-20 tahun lagi ramai para remaja termasuk remaja beragama Islam bangsa Melayu akan mudah beranggapan bahawa Allah dalam Islam adalah sama dengan Allah dalam Kristian.
Ini sepertimana telah berlaku di Indonesia di mana anak2 muda terutama yang moden dan bersosial secara suka2 menukar2 agama dari Islam ke Keristian ke Islam ke Keristian, semata2 kerana anggapan yang silap itu. Ini terjadi kerana pengaruh pergaulan, keinginan berkahwin berlainan agama dan status kemodenan kononnya. Tetapi inilah kenyataannya akibat penggunaan kalimah yang mengelirukan.
Memang Pas boleh mengatakan dan memberi sejuta amaran agar kalimah Allah ini jangan disalahgunakan. Tetapi, bagaimana hendak mengawalnya 10-20 tahun akan datang apabila pemikiran para remaja telah tepengaruh sedikit demi sedikit dalam tempoh tersebut.
Ini baru permulaan. Kelak golongan Kristian ini akan secara halus dan tanpa kesedaran akan berusaha memanupulasi kebenaran yang disokong oleh Pas ini. Nasi akan menjadi bubur.
Pendirian Pas amat keliru, kabur, short-sighted dan meremehkan kepercayaan umat Islam berbangsa dan berbahasa Melayu.
Manusia mudah lupa...Ini pemerhatian peribadi saya kerana sering ke Indonesia sejak 15 tahun dahulu.
taniah.... PAS gentleman menyatakan pendirian dan sokongan padu kepada perkongsian tuhan yang disembah dgn agama2 lain. esok bolehlah Hadi kawin dgn Elizabeth Wong tanpa Elizabeth tu tukar agama pasal merekapun berkongsi tuhan.... emmm (teringin tgk Hadi bersanding pakai suit)
BalasPadam