Selasa, Januari 05, 2010

Nik Nazmi Persoal Laporan Kedua Polis Terhadap Exco

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad kesal dengan tindakan polis yang membuat laporan kedua terhadap Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah semasa beliau tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam pagi tadi.

Nik Nazmi menyifatkan laporan itu sebagai usaha agensi penguatkuasa tersebut mengalihkan isu punca kematian mantan Setiusaha Politik exco itu, Teoh Beng Hock.

“Apakah motif sebenar polis membuat satu lagi laporan terhadap Ean Yong sedangkan satu laporan telahpun dibuat berhubung kenyataannya yang meminta polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng?”

“Berikutan bedah siasat kedua ke atas Teoh, banyak persoalan timbul khususnya ketika bekas Pengarah SPRM Ahmad Said Hamdan meletak jawatan, prosiding inkues Teoh Beng Hock ditangguhkan, dan baru-baru ini laporan polis terhadap Suara Keadilan dan Dr Pornthip,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran Hian Wah untuk tampil memberi keterangan jelas membuktikan kesedian Exco itu untuk bekerjasama dengan polis, namun agensi penguatkuasa itu bertindak ‘merampas’ salinan kenyataan media yang dibawanya.

Hian Wah pagi tadi tampil di IPD Shah Alam bagi memberi keterangan berhubung dakwaan beliau cuba menakut-nakutkan polis dengan meminta pihak berkuasa itu menghentikan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, Guan Eng akan disiasat kerana mendakwa Beng Hock mati dibunuh, pada konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

tvs


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...