Ahad, Januari 03, 2010
Lawak Gula Kerajaan BN
WOIt!!! HARGA GULA DINAIKKAN BUKAN SEBAB NAK ELAK KENA KENCING MANIS.
TAK PAYAH LA DOK BUAT LAWAK...
MACAM JUGAK HARGA ROKOK NAIK BUKAN SEBAB TAKUT ORANG KENA PENYAKIT...
SEBAB UTAMA DIA KERAJAAN DAH TAKDAK DUIT!
NAK BAGI RAKYAT SUBSIDI PUN DAH TAK MAMPU DAH...
SEBAB NAK TAJA 1MALAYSIA F1 TEAM...
SEMALAM GULA NAIK
HARGA ROTI NAIK
SIKIT HARI LAGI PULAK
HARGA MINYAK NAIK
HARGA SUSU NAIK
HARGA KOPI RADIX NAIK
HARGA KURA-KURA NAIK
HARGA PENGOREK TELINGA NAIK
HARGA MAS KAHWIN YANG TAK KENA MENGENA DENGAN GULA PUN IKUT NAIK
TAKPA ASAL BARANG ADA NAIK!
ITU JAM HANGPA PANGKAH LAGI BARANG NAIK.
Cari kaedah kurangkan guna gula
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan lebih 60 syarikat pengeluar makanan di seluruh negara bagi mencari kaedah mengurangkan penggunaan gula dalam produk yang dihasilkan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, satu mesyuarat akan diadakan pada bulan ini bagi membincangkan perkara itu.
Jelasnya, ia selari dengan kempen kementerian untuk mendidik rakyat meminimumkan pengambilan gula.
"Memandangkan harga gula sudah dinaikkan maka kita mencari inisiatif untuk membantu mengurangkan beban rakyat, sekali gus dapat meningkatkan tahap kesihatan orang ramai," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Back to School di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas langkah yang akan dilaksanakan oleh kementerian itu dalam memastikan rakyat tidak terlalu bergantung kepada penggunaan gula dalam kehidupan seharian.
Langkah itu juga adalah bagi mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam tadi.
Rosnah berkata, kebimbangan terhadap penyakit akibat pengambilan terlalu banyak gula di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.
"Setiap hari rakyat kita mengambil 26 sudu gula dalam pemakanan seharian mereka berbanding hanya tujuh sudu yang disyorkan. Fakta ini amat menakutkan memandangkan bahaya gula terhadap kesihatan," katanya.
um
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...