Ahad, Januari 03, 2010

Retro cuti sekolah



Sekolah akan beroperasi semula esok.Tak kiralah sekolah kebangsaan, sekolah Chung Sing, sekolah Anglo-Chinese, sekolah Taska, sekolah cluster, sekolah MRSM, sekolah agama rakyat atau sekolah dekat shopping kompelex berhampiran kedai game, semua mesti onn balik esok.Budak budak yang nak naik darjah enam, mula berani bawak Dunhill selit poket belakang,masing masing dah sedia nak merusuh depan penolong kanan.Budak budak yang ada otak maju sikit dah start berangan nak menyertai audition geng bas sekolah season ke tiga. Manakala, bagi adik adik yang dapat UPSR 5A hasil tuisyen semenjak tadika pula sedang bedebar untuk masuk sekolah asrama, kalau nak lagi stailo, masukla sekolah asrama agama macam gua, nanti besar boleh jadi macam gua.

Gua tengok, budak budak sekarang cuti sekolah bukan main lagi. Lama satu hal, aktiviti cuti pulak semua jenis canggih canggih dan berteknologi. Tak sama langsung masa gua cuti sekolah zaman hobi kumpul setem dan tolong ibu siram bunga.Tengok tivi pun setakat cerita The Girl From Tomorrow, Alana tu entah kerja apa la sekarang. Cerita fantaghiro pun boleh tahan sedap, dulu gua dah bekira kira nak tukar nama Tarabas bubuh dalam IC. Mujurla gua tak pandai naik bas pergi Pejabat Pendaftaran di Taiping.Bila dah mengadap tivi, mula la badan jadi malas pegi mengaji. Gua argue juga dulu, kenapa sistem cuti sekolah tak diselaraskan dengan sistem cuti mengaji?,cuti sekolah pun kena pegi mengaji, tak demokrasi langsung.

Masa cuti sekolah,kalau hebat sikit, dapatla merasa pergi Pesta Pulau Pinang tumpang anak anak jiran.Bawak duit pun tak banyak, dalam lima puluh ringgit habuan beli kacang, main kereta laga, main buaian pusing dan beli tshirt putih gambar jambatan pulau pinang. Lepas balik pesta hari hari pekena tshirt jambatan sampai lunyai..sampai gambar jambatan pun dah keluar benang.Selain pesta pulau pinang, gua juga selalu mengamuk ajak ayah gua pegi Taman SM Noor dekat Batu Gajah. Budak budak kata sana ada rumah hantu.Tapi sayang, sampai la Taman SM Noor tu melingkup, gua tak dapat pergi.Ayah gua kata Batu Gajah tu jauh, kalau pergi nanti gua muntah dalam kereta pulak.

Ada sekali masa cuti sekolah darjah dua, gua naik pegi Kolumpo ikut jalan lama. Sepanjang jalan tujuh lapan kali gua muntah.Masa tu badan tak kemas lagi.Tak biasa jalan jauh naik kereta murah.Pergi kolumpo kami menumpang rumah setinggan tokngah gua di Selayang.Pehh hari hari gua pujuk anak tokngah bawak pegi seven e pekena slurrpy. Dalam hati rasa nak bungkus je slurrpy tu bawak balik Bagan Serai tunjuk kat budak budak kampung. Belah malam pulak, kami ramai ramai naik bas mini kaler merah jambu hala ke Yaohan. MasyaAllah punya la besar binatang Yaohan.Ada banyak pulak tangga naik turun sendiri.Dekat kampung gua mana ada benda ni semua. Paling hype pun ada pasaraya Kedai Kawan yang bahagian barang mainan dia takde jual PlayDoh walaupun sudah lapan tahun beroperasi.

Kalau musim cuti tu jatuh masa ekonomi ayah gua tak berapa baik, lawatan lawatan ke luar negeri akan digantikan dengan aktiviti domestik. Aktiviti domestik ni macam macam. bergantung pada musim, bila musim lastik burung, pegi mana mana gua ready lastik. Bila musim mengagau ikan, pegi mana mana gua ready bawak tangkoi kecik. Bangun pagi pagi gua lari ke belakang rumah tahan taut dalam saliran air padi. Belah petang gua pegi tengok balik, kalau nasib baik adala lekat ikan haruan besar lengan Bary Prima.

Budak budak zaman milenium ni tak tahu la teknik macam mana mereka habiskan cuti. Nak kata duduk kampung pun dah serupa duduk Kolumpo.Tinggal takde Pavilion dengan KLCC saja.ASTRO dah merata tempat, rumah fakir miskin pun dia punya ASTRO ada HBO. Zaman global semua jadi global. Budak remaja belah Kokdiang sana pun tahu perlunya Pendidikan Seks di peringkat sekolah. Bukan apa, ilmu berkenaan boleh di bawak melepak masa turun Alor setar jumpa makwe dari Jitra.

Kehidupan persekitaran pun dah berubah banyak.Rumah kawasan kampung dinaik taraf jadi perumahan kos rendah atau kos sederhana. Kawasan padi yang mana kurang diusahakan, bertukar rupa jadi pusat kedai dua tingkat yang menempatkan kedai tayar Hong Huat, pusat snooker, kedai internet, kedai sport toto dan port hisap ganja di lorong belakang.Bisnes bisnes tradisi macam tampal tayar basikal secara IKS, pasang grill kecil kecilan, jual ikan sepat kering dan meniaga aiskrim malaysia dah semakin tandus. Sistem pengangkutan juga dah macam Tokyo, lebuhraya disana sini. Jalan masuk parit 6 pun ada ura ura nak sambung dengan lebuhraya. Kepesatan industri jalan raya juga mempengaruhi program cuti sekolah budak budak zaman sekarang. Duduk Arau pun dah tak rasa jauh nak pegi Kolumpo.Pagi pagi dari Arau naik bas Ekspress Sani dua tingkat, dalam bas pekena ipod nano kat telinga, atau main PSP, dalam tengahari dah boleh main Daytona dibangunan Kotaraya.Hidup tak mencabar langsung!.

Kalaula gua lalui zaman cuti sekolah macam sekarang masa tahun 90'an dulu, rasanya otak gua dah jadi genius. Kerja sekolah gua link kan dengan google. Masalah matematik dah boleh siap sambil tulis blog, buat karangan Pengalaman Cuti Sekolah tak payah cakap la, cerita pergi pantai Malibu pun gua boleh sampaikan dengan fantastic, padahal gua cuma duduk rumah saja tengok konsert Roadrunner dalam YouTube. Main bolasepak tak payah pegi padang, cukup sekadar main Nintendo Wii dah boleh keluar peluh. Kalau gua rasa nak bersosial, gua ajak budak budak main Dota,main Counter Strike atau takpun main WarCraft. hal hal susun buku sekolah, setting rantai basikal, dan kapur kasut gua akan bagi orang gaji uruskan.Baru la ada style.

Oklah, bini gua pun dah panggil banyak kali suruh buang sampah dengan salin lampin.Benda benda senang macam tu pun gua nak kena buat.

"Lu suruh internet setelkan tak boleh ka?".

fdausamad


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda

    Setiap suatu itu ada hikmahnya.

    Silakanlah melayari:

    http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

    http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...