Jumaat, Januari 01, 2010
Semoga Roh Mohamed Rahmat Dicucuri Rahmat
Tok Mat pergi dengan mudah dan tenang - isteri
01/01/2010 4:10pm
KUALA LUMPUR 1 Jan — “Saya syukur kerana dia pergi dengan mudah dan aman,” kata Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, mengenai pemergian suaminya bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat ke Rahmatullah hari ini.
Allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Damansara di sini kira-kira 8 pagi.
Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.
Salbiah berkata beliau menyedari suaminya tidak bernafas kira-kira 8 pagi ketika mahu menutup mesin dialisis yang dipasang pada tubuh suaminya.
"Selalunya, tiap-tiap pagi dalam 8.40 (pagi) saya akan menutup mesin dialisis yang dipasang pada arwah, tetapi pagi tadi kira-kira 8 pagi, saya tengok mesin itu ”hang” (terhenti) dan dada arwah tidak menunjukkan dia bernafas,” katanya kepada Bernama di kediamannya di sini, hari ini.
- BERNAMA
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...