Jumaat, Januari 01, 2010

SPRM Buat Laporan Polis Pakar Bedah Thai



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand, Pornthip Rojanasunand bersabit hasil bedah siasat kedua Teoh Beng Hock.



SPRM mendakwa Porthip membocorkan hasil laporannya dengan mendakwa mendiang mati di bunuh.



Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memetik sumber-sumber sebagai berkata pakar Thailand itu menjumpai bukti forensik mencukupi untuk menguatkan rumusan awalnya bahawa Beng Hock adalah mangsa jenayah.



Laporan di Balai Polis Shah Alam dibuat oleh pegawai SPRM Raub Ghani pagi tadi.



Raub mendakwa Dr Pornthip membocorkan maklumat hasil siasatan forensik beliau kepada pihak yang tidak sepatutnya dan perbuatan itu menghina proses mahkamah kerana inkues kematian Beng Hock masih berjalan.



Raub enggan diwawancara oleh media namun berkata beliau membuat laporan polis itu atas arahan pegawai atasan SPRM.



Sebelum ini Pornthip hadir memberi keterangan pada inkues Beng Hock. Beliau menyatakan ada kemungkinan hingga 80 peratus mendiang mangsa jenayah malah didera sebelum mati.



Koroner Inkues kemudian mengarahkan mayat Beng Hock digali semula bagi membolehkan satu lagi bedah siasat diadakan dengan dihadiri Porthip dan pakar bedah siasat lantikan SPRM.



Bedah siasat kedua itu diadakan pada 22 November dan Porthip dikatakan telah menyerah hasil laporannya kepada pihak berkenaan.



Beng Hock, setiausaha politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati Julai lalu di perkarangan pejabat SPRM Selangor setelah disoal siasat sepanjang malam hingga subuh.



Inkues kematian Beng Hock akan bersambung pada Khaimis depan selepas dua kali ditangguh.



Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh.



tvs

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...