Khamis, Februari 11, 2010

‘Apabila Laungan Rakyat menggegar Bongkah Keangkuhan’



Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Tunggulah saatnya nanti apabila laungan Rakyat Hakim Negara bergema menggegar bongkah-bongkah keangkuhan yang dibina dari darah dan air mata rakyat!

Itu antara ungkapan tegas penuh bermakna yang diluahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tatkala BN ‘memperkudakan’ institusi kehakiman demi kepentingan politik BN yang kini di penghujung senja.

Menurut Anwar, beliau tidak terkejut dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan 9 Februari lalu yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Nizar bukan Menteri Besar Perak yang sah.

Anwar menjelaskan, Umno ketika ini sedang kuat mencengkam segala institusi agar memenuhi hasrat mereka untuk terus kekal berkuasa.

“Pimpinannya sanggup melenyapkan siapa dan apa sahaja yang menghalang mereka.

Namun yang pasti mereka tidak berani berhadapan dengan rakyat.

Hanya mereka yang sudah usang dan sebati dengan kezaliman sahaja menyanggupi serta gembira dengan tindak tanduk kerajaan sekarang.

Kepada mereka yang mahu terus hidup mengabdi kepada kekuasaan,

silakan, nikmatilah segala laba yang dihamburkan selagi masih berpeluang.

Tunggulah saatnya nanti apabila laungan Rakyat Hakim Negara bergema menggegar bongkah-bongkah keangkuhan yang dibina dari darah dan air mata rakyat!

Saudara saya rakyat Malaysia sekalian, ini bukannya masa untuk berputus harap,” katanya dalam blog rasmi beliau http://anwaribrahimblog.com/

Sehubungan itu, beliau menyeru segenap lapisan rakyat negara ini bersatu tenaga ke arah perubahan demi kebaikan semua.

“Ini adalah waktunya kita menggembeling daya dan upaya kita untuk membawa Perubahan.

Teruskan usaha membawa getar Perubahan ini di segenap pelusuk desa dan bandar.

Tidak ada dolak dalih lagi, nyatakan dengan penuh keyakinan bahawa Perubahan ini demi kemaslahatan semua,” tegas mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

erapakatan


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. mohon budi baik link kanlah blog kecilku http://kritik-damai.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Perbicaraan Anwar baru saja bermula. Tunggu hingga ke akhir dan kita sama-sama lihat Anwar bersalah atau tidak. Jangan cepat melatah.

    Samada rakyat masih bersama Anwar atau tidak, kita belum pasti. Apa yang pasti, PRU 13 menunggu. Mengapa Anwar perlu gentar menghadapi kes liwat ini kalau beliau tidak bersalah? Mengapa begitu banyak penangguhan? Jika benar, bukan saja rakyat, malah akan mendapat pertolongan ALLAH.

    Lebih senang jika Anwar bersumpah mubahalah tempoh hari (Jika mengikut Islam, dapat menjelaskan apa yang tidak jelas) Tetapi pelik, mengapa beliau tidak berbuat demikian?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...