Khamis, Februari 11, 2010

Nik Aziz: Umno ragut suasana aman negeri diterajui Pakatan


KOTA BARU, Feb 10 — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan suasana aman di lima negeri Pakatan Rakyat diragut Umno apabila melakukan kudeta di Perak awal tahun lalu.


Sedangkan kata Menteri Besar itu, selepas pilihan raya umum lalu, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berada dalam keadaan aman.




Semalam Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.


Kes itu dibawa oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS selepas kerajaan negeri tumbang ekoran tindakan tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti masing-masing dan menyokong Barisan Nasional.


“Pergolakan berlaku bermula dengan hari rampasan kuasa sehingga tidak berkesudahan sebagaimana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu.


“Kelantan alhamdulillah termasuk tidak berlaku huru-hara kerana tidak berlakunya perancangan rampasan kuasa,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis jamuan perpisahan dua bekas setiausahanya, Annual Bakri Haron dan Mohd Saiba Yaakub.


Annual meletak jawatan sebagai setiausaha politik akhir tahun lepas dan Mohd Saiba tamat kontrak pelantikan awal bulan ini.


Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, berlakunya rampasan kuasa di Perak menyebabkan rakyat sedar kerja tersebut merupakan perkara mungkar yang tidak bermoral.


Oleh itu, beliau meminta orang ramai melahirkan rasa benci kepada mereka yang menggadaikan maruah rakyat dengan melakukan kudeta.


Perasaan benci wajar ditanam terhadap mereka yang kufur dan fasik kerana Islam mengajar agar menanam kebencian terhadap golongan seperti itu, kata beliau dipetik Harakah Daily.


Beliau juga berkata, tidak wajar dilakukan demontrasi terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Herald memandangkan ia telah lama digunakan bukan Islam di tanah Arab.



themalaysianinsider


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama11/2/10 8:45 PG

    Salam,

    Kadang-kadang pelik dengan penyokong PR. Bila Nik Aziz cakap benda baik pasal PR, Nik Aziz ulamak tersohor. Tapi bila Nik Aziz nak buat musyawarah dengan UMNO, kata dia nyanyok dll.

    Nik Aziz pon kekadang cakap A, pastu cakap B. Kebanyakan masa keluar kenyataan yang bertentangan dengan Presiden PAS sendiri. Camna nih?

    BalasPadam
  2. Org UMNO baca statement TGNA cam lain (baca tajuk terus hentam!!)..tapi org PR baca statement TGNA study n buat research dulu (tu yg tk nmpak gelojoh n bangang cm org UMNO!!)

    UMNO mmg parti perosak negara! Gila talak,tk dapat terima kekalahan..Jaga2 semua negeri dibwh PR..serangan demi serangan secara tk bemoral sedang dilancarkan oleh puak2 UMNO yg tk faham dosa pahala nih!

    Bermula dgn Ir. Nizar di Perak..tk kasi can,terus dirembat MB tuh!

    Pastu p Kedah..kacau Ust Azizan pasai isu kandang babi n kuota rumah bumiputra..tapi nmpak cm tk masuk jarumm la plak..!!

    P selangor..Kacau DS Khalid pasai kuil (pijak habih kepala lembu!!)..Pasai kandang babi pun ada gak..Tak habih lagi ni kt selangor..

    TGNA di kelantan pun apa kurangnyer..Diserang betubi2 dgn bantuan org dlman sendiri..Penat jugak ler TGNA nk menepis peluru2 puak tuh..

    Sekarang ni depa pakat p kacau LGE di Penang plak dah....

    Jadik..apa lagi yg puak2 umno tu nk kata??Mmg tu semua keje tk befaedah!!Negeri yg depa perintah plak,mcm tk dk masalah..??tapi duk sibuk dlm underwear org lain!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...