Jumaat, Februari 19, 2010
Bila babi disangka kambing
Berlawan dengan taghut, tak kiralah nama dia Umno atau apa sekalipun, macam naik bas dalam satu perjalanan yang jauh. Siapa nak naik untuk bersama-sama dalam perjalanan itu, dia boleh naik. Siapa nak turun, dia boleh tekan loceng dan bas akan berhenti. Dia boleh turun.
Saya yang tidak duit nak buat syarikat bas sendiri, menumpang bas yang sedia ada. Tiba-tiba, enjin bas dirosak-rosakkan. Orang di dalam bas pula ramai yang saya lihat telah laluk sakan dengan kepercayaan membabi buta kepada apa saja tauke-tauke syarikat bas tu nak buat.
Bila dikhabarkan bahawa hampa semua telah hilang akal dilalukkan candu syarikat bas itu, mereka marah-marah. "Kerana candu yang kami sumbat ke tekak hampalah bas ini boleh berjalan," kata salah seorang tauke syarikat bas.
Belum sempat kita nak kata apa-apa, tiba-tiba CEO syarikat bas mendakwa lori babi yang membiritkan najis di sepanjang perjalanan sebenarnya bukan lori babi. Ia lori kambing. Ia sebenarnya tak najis.
Puas kita melihat sungguh-sungguh ke arah lori itu. Memang lori babi. Tetapi mengapa Tuan CEO nampak babi seperti kambing?
Sumber: penarikbeca
Betui la tu! minggu lepas aku lalu dgn moto dekat satu markas parti politik aku nampak mcm banyak kambing kat situ tapi bila pi dekat rupanya babi tengah duk buat ceramah....hampir2 aku terkena najis babi kat situ!
BalasPadam