Khamis, Februari 18, 2010
Kajian Firaun Kecil
Hulurkan tangan,ringankan beban...
Lata Bukit Hijau,Kulim:- Sekumpulan penyelidik antarabangsa mendapati firaun kecil yang digembar-gemburkan di dalam sebuah parti politik tidak wujud, kata laporan kajian yang disiarkan semalam.
Penyelidik-penyelidik dari Kulim,Baling,Sik,Muar,Sekudai,Mersing,Itali dan Jerman yang bertungkuih-lumuih dalam kajian itu gagal mendedahkan penemuan tersebut menerusi ujian genetik moden dan teknologi komputer bagi mengesan rahsia misteri firaun kecil yang dikatakan wujud itu.
Mereka mendapati firaun kecil yang dikatakan menduduki takhta sejak tahun lalu itu hanyalah kisah dongeng yang wujud sebelum Masihi (SM).
Hasil maklumat kromosom Y, penyelidik mendapati firaun kecil yang kontroversi itu sekadar gosip atau kisah sebelum tidur bagi anak-anak kecil di pedalaman yang tiada hubungan facebook.
Hasil kajian juga tidak menunjukkan bahawa firaun kecil adalah anak hasil hubungan sumbang mahram ketika malam valentine tahun 2008.
Penyelidik mendapati, tiada bukti bahawa firaun kecil dan bapanya memiliki bentuk seperti gambaran yang diberikan oleh sesetengah bangunan parlimen yang terdapat di negara ini. Kah! kah! Kah! Kiok --TAKBERNAMA
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
adus...touching bro gambaq tu! agaknyer bleh jadik cm tu ke si najib n kak mah kalu dibagi makan ubi rebuih hari2..
BalasPadam