Oleh Mohd Ali Bakri
KUALA LUMPUR : Fitnah yang terpalit ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menimbulkan riak gelombak resah dalam kalangan pimpinan Umno, BN ketika hal itu kembali hangat sebagai modal ceramah parti-parti pembangkang di mana-mana.
Bukit Aman misalnya mula memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membawa hal itu dalam ceramah-ceramah politik mereka.
Laporan akhbar kini menunjukkan bahawa wujud ura-ura menangkap penceramah termasuk Anwar sendiri jika beliau terlibat membawa isu itu dalam setiap ceramah anjuran mereka, jika mahkamah mengeluarkan arahan.
Hal tersebut, menurut laporan media, boleh dianggap sebagai subjudis dan menghina mahkamah. Ekoran itu, polis dikatakan sedang membuat pemantauan di semua ceramah politik khasnya yang dianjurkan pembangkang di seluruh negara bagi memastikan arahan itu dipatuhi.
Dalam perkembangan terkini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang mengguna kes Anwar itu sebagai modal untuk menarik perhatian orang ramai dalam ceramah politik.
Ekoran desakan itu, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein meminta orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan kes itu melalui ceramah-ceramah supaya segera tampil membuat laporan polis.
Masyarakat juga, tambah Hishammuddin, boleh membuat aduan kepada pejabat Peguam Negara secara terus untuk tindakan lanjut kerana hal itu boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.
"Mereka juga boleh membuat aduan ke pejabat Peguam Negara dan pihak mahkamah," kata beliau.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata, kalau isu liwat Anwar itu dibiarkan bebas dibicarakan sebagai modal ceramah, perkara itu akan menjadi kebiasaan untuk mana-mana pihak untuk menjaja cerita bahawa mereka tidak bersalah di tempat-tempat awam.
Tambah beliau, KDN perlu mengambil tegas terhadap mana-mana pihak yang menjaja kes Anwar melalui ceramah-ceramah tertentu.
erapakatan
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
salam, nak celah sikit je, aku menyampah le tengok si katak sekora ni, katak bulat dan tua tu tak sedar diri le, dah le dia menang undi atas tiket Pas, dia banyak cakap pulak, hei katak situa bangka, sedar-sedar le diri sikit, lu ni barua UMNO-BN ke, lu tak malu ke wahai Ibrahim Ali, lu menang pun atas tiket Pas le, lu cakap lebih pulak, lu ni menyalak bak kata macam anjing tua yang hitam dan berkurap le, lu hentikan le ye, lu sedar le diri sikit,
BalasPadamTak baik kata dia katak. Bapa dia tu dulu seorang penggawa (penghulu). tok ggawa ali. Bukannya apa ketika ibu dia mengandung dulu tok ggawa ali bunuh sekor katak puru, jadi bila brahim lahir lekat badi katak la dia.
BalasPadam