Khamis, Februari 18, 2010

PKR Ada Mekanisme Konkrit Tapis Calon PRU 13

Fansurina Abdullah

Dalam melahirkan seramai mungkin calon berwibawa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mempunyai mekanisme khas bagi memilih calon parti berkenaan, pada pilihan raya umum akan datang.

Mekanisme itu sudah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat sebaik sahaja berakhirnya pilihan raya umum ke-12 dalam usaha mengetengahkan lebih ramai calon berpotensi pada masa depan.
Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh berkata, mekanisme itu dilaksanakan melalui dua program latihan khusus kepada ahli dan pemimpin yang berpotensi menjadi calon.

Katanya, kedua-dua program itu dijangka dapat meningkat kefahaman mereka mengenai dasar perjuangan dan menyemai disiplin tinggi dan kesungguhan membela rakyat.

"Kita sudah memulakan usaha ini sejak 2008 lagi. Memang ada kekelemahan calon sebelum ini tapi melalui penubuhan ARK, ia akan banyak membantu," katanya kepada TV Selangor.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pengakuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa sesetengah calon PKR yang menang tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.

Ahli Parlimen Kuantan itu percaya pengakuan Anwar sebagai ikhlas dan ia bakal melonjak keupayaan dan pencapaian parti pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga langsung tidak risau sokongan rakyat terhadap PKR berkurangan berikutan pengakuan itu, sebaliknya menimbulkan kekaguman mereka terhadap keberanian Anwar dalam mendepani setiap masalah.

tvs



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...