Selasa, Februari 16, 2010
Maut disembelih
ANGKAT... anggota polis mengangkat mayat buruh yang mati dikelar, semalam.
Oleh Sarah Zulkifli
KUALA LUMPUR: Gara-gara mengganggu isteri rakan, seorang lelaki dibunuh dengan kejam apabila bukan saja dikelar pada perut, malah disembelih di sebuah tapak pembinaan pangsapuri 19 tingkat di Kampung Batu Muda di sini, semalam.
Mayat lelaki yang dikenali sebagai Mat Aspain, 33, dari Jawa Timur yang bekerja sebagai buruh binaan itu ditemui mati di dalam sebuah bilik stor di tingkat empat bangunan dalam pembinaan berkenaan dengan kesan kelar di perut dan leher.
Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata beberapa pekerja pembinaan menemui mayat mangsa jam 2 petang sebelum menghubungi polis.
“Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai dibunuh rakan sekerjanya yang juga suami kepada seorang wanita yang cuba ‘diganggu’ mangsa.
“Namun, polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dan masih menyiasat punca sebenar kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, sebilah pisau yang dipercayai diguna untuk membunuh mangsa turut ditemui berhampiran mayat lelaki itu.
Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh kira-kira empat jam sebelum mayat ditemui.
“Hasil maklumat awal mendapati suspek yang juga rakan sekerja mangsa melarikan diri bersama isteri dan beberapa orang rakannya,” katanya.
Beliau berkata, polis menahan lima lelaki yang juga pekerja di tapak pembinaan itu untuk membantu siasatan.
“Lima lelaki ditahan untuk membantu siasatan dan tidak menolak kemungkinan kejadian itu membabitkan lebih daripada seorang suspek,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
hmetro
BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...