Selasa, Februari 16, 2010

Protes Facebook desak Zahrain kosongkan kerusi Bayan Baru




Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 15 — Rasa tidak puas hati terhadap keputusan Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas melangkah ke ruang siber dengan ada pihak yang memprotesnya menerusi rangkaian sosial Facebook.

Kumpulan itu mendesak Zahrain (gambar), bekas pengerusi PKR Pulau Pinang agar melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat bagi kawasan Bayan Baru.

Surat terbuka kepada Zahrain yang disertakan dalam ruangan Facebook itu menyebut, “pada 8 Mac 2008, kami mengundi anda sebagai Ahli Parlimen mewakili PKR bagi bahagian pilihan raya Bayan Baru. Anda mewakili PKR dan bertanding atas tiket PKR pada masa itu.”

“Pada 12 Feb 2010, anda mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan bahawa kini sebagai Ahli Parlimen Bebas. Oleh itu, anda telah melepaskan mandat untuk mewakili kami memandangkan kami mengundi anda atas tiket PKR.

“Sebagai pengundi yang mengundi anda, kami menggesa anda mengosokongkan kerusi Bayan Baru dan mendapatkan mandat baru untuk mewakili kami sebagai wakil rakyat bebas.

“Kami juga ingin mengingatkan anda bahawa kami sebagai pembayar cukai, membayar elaun dan imbuhan anda sebagai Ahli Parlimen. Oleh kerana anda bukan lagi mewakili kami, kami meminta anda meletakkan jawatan dengan segera.”

Pada Jumaat lalu, Zahrain berkata beliau membuat keputusan itu kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Bagaimanapun beliau sudah menegaskan bahawa akan kekal sebagai wakil rakyat kerusi berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh juga mencabar Zahrain dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR yang pernah keluar parti itu agar mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberi peluang kepada rakyat memilih wakil mereka.

themalaysianinsider


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. sudahlah zahrin alkataki,klu dah otak umno tu umno jugak berjuang untuk harta dan nafsu,elokla sekali dgn mat ezam alkotaki,jumpa PRU 13 tengok hang jadi calon atau jadi biawak pasiaq ja

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...