Isnin, Februari 08, 2010

SLIP OF THE TONGUE : MENGAPA MUDAH SANGAT TERJADI



Mengikut maklumat yang terdapat didalam Carian diInternet SLIP OF THE TONGUE bermaksud kata-kata yang tidak sengaja terkeluar dari mulut seseorang sewaktu berucap kepada umum atau ringkasnya “silap cakap”.

Definasi yang diperolehi ini sangat umum bentuknya. Bagaimana pula sekiranya sipendengar mengambil faham yang “tersilap ucap ” tersebut sebagai Menghina atau Memperlekeh terhadapnya? Apabila perkara-perkara sebegini berlaku maka ianya sudah menjadi begitu complex. Artikel ini juga tidak bermaksud membincangkan perihal yang berlaku keatas Datuk Nasir Safar Pegawai Khas Perdana Menteri.

Bagi saya bukan tersilap cakap sahaja yang boleh mendatangkan bala kepada kita. Tersilap dengar oleh orang lain juga boleh mengakibatkan kita sendiri yang terpaksa menanggung kerugian. Ada satu kisah yang hendak saya kongsikan disini akibat dari Tersilap Dengar.

Peristiwa ini berlaku disekitar tahun Lapan Pulohan yang berlaku kepada kawan baik saya. Saya menunggu kedatangan seorang rakan lama diPekan Sitiawan. Dia datang bermotosikal dari Klang. Sewaktu dia sampai saya lihat mukanya masam macam cuka saja. Saya cuba menyejukkan hatinya dengan memperlawa pergi minum Teh Tarik dulu. Dia tidak memberi apa-apa respons. Perkataan yang terkeluar dari mulutnya hanyalah geram, geram dan geram saja. Saya faham benar perangai kawan saya yang satu ni, kalau dia tengah marah jangan cari pasal. Lantas saya mengambil keputusan menunggu saja hingga dia benar-benar sejuk dan biarlah dia sendiri yang memulakan perbualan.

Hanya setelah selesai Dinner diRest House Lumut sambil memerhatikan ombak memukul pantai barulah kawan saya ini bersedia meluahkan apa yang terpendam. Menurut beliau masa separuh perjalanan tadi dia berasa haus dan berhenti disebuah Restoran disekitar Telok Anson. DiRestoran inilah dia dipaksa membayar satu Bil yang jumlahnya tidak masuk akal. Perkara ini berlaku akibat dari gara-gara Pelayan Restoran tersilap mengambil pesanan.

Dia sebenarnya membuat Pesanan sebotol Oren Tujoh sahaja. Oren Tujoh mengikut bahasa kawan saya ini ialah Seven Up. Ditengah-tengah kepanasan tersebut dia mengeluh dengan berkata Bersembur Peloh tetapi siPelayan yang masih berada disitu membuat catitan seolah-olah kawan saya membuat Pesanan Pasembor Sepuloh.

Menurut kawan saya lagi memang dia berasa aneh mengapa lambat sangat pesanan dia nak sampai. Rupa-rupa pihak Restoran telah menyediakan untuknya 10 pinggan Pasembor dan Minuman Oren sebanyak 7 botol. Jadi bayangkan berapa banyak duit dia habis disebabkan kesilapan tersebut.

Demikianlah dilemma yang telah menimpa kawan baik saya itu. Jika dia tidak jelaskan Bill tersebut dia mungkin diheret keMahkamah. Jadi pengajaran dari peristiwa ini ialah apabila kita membuat pesanan makanan diRestoran, minta siPelayan yang mencatit order kita itu ulang semula setiap barang yang dipesan supaya dapat dikesan jika ada berlaku Slip of the tongue.

ahmadzawawi


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...