Rabu, Mac 24, 2010

Alahai...Kasihan Si Bebas Gila Talak.

Oleh laniisma


Kasihan Si Bebas Gila Talak, kasihan... sudah pelbagai cara, sudah seribu usaha digunakan untuk melelong dirinya sekupang lima duit supaya orang berkenan dengannya terutamanya idamannya Umno. Hari ini disyorkan supaya tubuh Suruhanjaya Diraja menyiasat tingkah laku Anwar untuk melekatkan dirinya dengan Umno. Disuruhnya si Saiful si hingusan berjumpa ulama tersohor, Yusuf al-Qaradhawi. Inilah idea Si Bebas Gila Talak yang hebat-hebat.

Malam-malam difikirkan bagaimana menghentam PR dan Anwar. Siangnya meng’ong-ong’lah dirinya sambil melompat-lompat dengan ideanya, tetapi nampaknya semuanya hampas kecuali Utusan yang nampak ideanya hebat.

Umno juga nampaknya ambil sikap berhati-hati dengan Si Bebas Gila Talak. Khairy juga berkata jangan mengaitkan Umno dengan Perkasa, yang ditubuh kerana nak hidup. Kasihan... ideanya hanya untuk orang sepertinya juga. Parti yang teruk pun tak mahu menerimanya menandakan sangatlah hina Si Bebas Gila Talak. Kalau dah yang berkurap tak mahu bersama dengan berkurap juga, sememangnya teruklah jawabnya.

Dia meng’ong-ong’kan lagi ke sana ke mari minta supaya dia diterima. Tak ada yang menyahut. Jangankan nak memberi tempat duduk, mempelawa pun tidak. Kasihan. Kalau dah berada dalam Umno tak dapat, layaknya Si Bebas Gila Talak duduklah dalam Makkal Shakti, kerabat Umno juga. Mungkin hati oleh tenang dan puas. Itu pun kalau Makkal Shakti yang tak berapa ‘sara’ itu menerimanya.

Jadi yang mengaku bebas berbelas kasihankan Pas, selayaknya tunjukkkan diri bebas tapi umumnya mengetahui bebas di Malaysia bermaksud bebas merodok dan menyodok orang bukan Umno dan BN. Tak lebih dari itu.
Salam ziarah... ek-ele

detikdaily





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...