Rupa-rupanya BN masih fobia dengan pilihanraya walaupun di tempat yang mereka menjadi penyandangnya.Lagu mana ni juara rakyat boleh takut nak hadapi pilihanraya? Juara kepala hotak pa?
Bukan setakat BN yang lemah lutut dengan berita perletakkan jawatan adun ni.Akhbar pencacai utusan meloya online juga turut kecut teloq dengan berita gempaq ni.Sehingga tengah malam tadi tak dak pun berita mengenai perkara ni. Kalau berita ahli PKR keluaq parti,tudia... nala punya tajuk besaq kat muka depan.Dey macha!!! Nak jugak tengok suratkhabar utusan keluaq tajuk "MCA-Retak Seribu" atau "BN Kian Terkubur".
KAH!KAH!KAH!KAH!
Apa pun mampukah pujuk rayu BN ini berjaya untuk mengelakkan pilihanraya? Kalau setakat pujuk dengan ayaq liuq aku rasa tak jalan.Pujukan mesti diiringi habuan sekali.Adat la tu..
kah! kah! kah!
Adun Titi Tinggi letak jawatan, BN sedang pujuk
KANGAR, 23 Mac — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Perlis Yip Sun Onn (gambar) dari MCA-BN meletakkan kerusinya berkuat kuasa serta-merta.
Beliau merupakan wakil rakyat pertama dari BN berbuat demikian sejak pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan usaha sedang dibuat untuk memujuk beliau daripada melepaskan kerusi itu ketika ini dan mengubah keputusannya bagi mengelakkan pilihan raya kecil.
Keputusannya, dikatakan ada kaitan dengan rombakan exco Kerajaan Negeri minggu lalu.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh memutuskan apa-apa selagi tidak menerima surat kekosongan daripada Speaker.
“Setakat ini kami belum menerima apa-apa surat lagi,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ketua MCA Perlis Datin Paduka Chew Mei Fun pula memberitahu keputusan Yip meletak jawatan yang mengejutkan ramai belum dapat disahkan.
“Ia belum muktamad lagi... apa yang beliau lakukan ialah hanya melahirkan hasrat mahu letak jawatan.
“Saya hanya baru menerima satu SMS daripada beliau dan kelihatan keadaan OK. Saya tidak fikir beliau akan berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider kira-kira 3.30 petang tadi.
“Saya berharap dan saya percaya beliau tidak akan berbuat demikian tetapi kini perkara pertama yang perlu dilakukan ialah duduk dan berbincang,” katanya.
Beliau tidak pasti sebab Adun itu meletakkan jawatan.
“Saya ingin tahu apa masalah dia yang sebenar; sama ada disebabkan jawatan exco atau masalah peribadi beliau yang lain,” katanya.
Yip digugurkan sebagai exco kerajaan negeri dan digantikan dengan Adun Indera Kayangan Dr Por Choo Chor Jumaat lalu.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengesahkan beliau sudah menerima surat letak jawatan daripada Yip tetapi sedang berusaha memujuknya agar mempertimbangkan keputusan beliau.
“Kami tidak melihat akan ada pilihan raya kecil,” katanya.
MCA memenangi dua kerusi DUN di Perlis.
themalaysianinsider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...