Khamis, Mac 04, 2010

DARIPADA BERBALAS PANTUN LEBIH BAIK SEMAK DIRI

Beberapa hari ini kejadian-kejadian seperti penderaan, rompakan, nahas jalanraya telah menjadi berita kecil sahaja. Berita-berita yang terpampang dimuka-muka depan Akhbar ialah mengenai krisis berpanjangan dalam Parti Keadilan Rakyat. Setiap hari ada sahaja yang keluar Parti. Ada yang menyerah diri kembali kepangkuan UMNO dan tidak kurang juga yang berasa lebih selesa tidak berParti.

Lanjutan daripada peristiwa-peristiwa ini saya lihat Pimpinan diperingkat pusat sentiasa menangkis setiap yang dilemparkan oleh mereka-mereka yang telah menjadi Bekas Ahli tersebut. Apabila bekas-bekas ahli mengzahirkan kekecewaan mereka terhadap pimpinan yang tidak berfungsi malangnya dari pihak pimpinan hanya mengambil jalan pintas dengan menempelak mereka dengan menuduh Bekas-Bekas Ahli tersebut tidak mengenang budi, tamak dan hanya mementingkan diri. Perdebatan yang diberi liputan istimewa oleh Media Perdana ini tidak ubah seperti berbalas pantun.

Tanpa disedari pihak musuh telah berjaya menghidu kelemahan yang terdapat dalam PKR . Walau bagaimanapun saya yakin Parti Keadilan Rakyat yang ditubuhkan oleh para Reformis ini masih boleh diselamatkan dengan beberapa syarat.

Syarat yang pertama bagi yang mengaku mereka adalah Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Pusat segera turun keakar umbi. Tidak keterlaluan saya katakan ramai ahli tidak mengenal Timbalan Presiden dan sebilangan Ahli MPP secara dekat. Kebanyakan Pemimpin Tertinggi tersebut hanya tunjuk muka apabila ada penganjuran ceramah dan Majlis-Majlis Bertemu Pemimpin. Saya maksudkan yang tidak kenal Ahli MPP adalah mereka-mereka yang bergiat diRanting-Ranting. Bagi para Pemimpin diperingkat Cabang mereka memang kerap berjumpa kerana kehadiran diKonvensyen dan diKongres Tahunan.

Yang kedua apabila Pimpinan yang lebih tinggi dimaklumkan tentang berlakunya tindas menindas diperingkat Cabang ( contoh ) mereka hendaklah segera melakukan siasatan kerana saya pasti mesti ada kebenarannya pada setiap Aduan tersebut. Dalam hal ini suka saya merujuk Sidang Akhbar Pimpinan PKR Negeri Perak yang dilapurkan oleh Sinar Harian pada 23 Februari 2010. Dalam Sidang Akhbar tersebut ada dinyatakan yang pihak Pimpinan Negeri Perak sedar ada dakwaaan segelintir ahli yang merasakan dirinya terpinggir dan pihaknya sedang meneliti dari setiap Cabang untuk memastikan kebenaran dakwaan tersebut. Saya percaya usaha mereka hanya berakhir diperingkat meneliti sahaja dan terus sahaja mengambil kesimpulan yang semua dakwaan tersebut tidak berasas. Ketua Cabang tetap didapati betul kerana lazimnya Pemimpin Tinggi ini adalah terdiri dari Ketua-Ketua Cabang juga. Takkan nak cari pasal pulak.

Yang ketiga, selama 10 tahun lebih ahli-ahli berjuang , berkorban masa dan juga harta apa bentuk penghargaan yang ada dalam fikiran Pemimpin Parti. Jika benarlah setiap ahli kena akur kepada falsafah Apa yang kita boleh beri kepada Parti bukan apa yang kita boleh dapat mengapa pula ada segelintir ahli mendapat pengecualian?

Saya ada satu falsafah untuk dikongsikan. Ia berbunyi seperti berikut: Peristiwa ahli keluar seorang demi seorang sama sekali tidak mencemaskan. Yang mungkin menjadi cemas hanyalah apabila tidak cukup ahli untuk memenuhi kuota calun semasa Pilihanraya. Walau macam manapun PAS dan DAP sentiasa bersedia membantu melengkapkan kuota tersebut. Yang penting bagi Pakatan Rakyat ialah satu lawan satu.

ahmadzawawi.wordpress.com






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...