Khamis, Mac 04, 2010

Broker Beli Ahli Parlimen


Broker tengah usha line...

Ada Broker Beli MP-MP PKR?

Oleh Pendikar Gunung Keriang

Sejak beberapa minggu lepas sudah terdengar desas desus ada seseorang yang memainkan peranan selaku broker bagi menarik dan membeli Wakil-Wakil Rakyat PKR untuk keluar parti itu. Orang yang menjadi broker itu dikatakan orang kanan PKR sendiri. Dan seperti broker tanah, orang itu tidak bekerja secara sukarela. Broker biasanya meminta upah mengikut kadar tertentu. Cuma kadarnya tiada siapa tahu , kecuali antara dia dan orang yang mengupahnya saja tahu.

Siapa broker itu? Maaf, saya tidak tahu!

Dua hari lepas apabila Ahli Parlimen (MP) Nibong Tebal, Tan Tee Beng keluar PKR, orang yang berada di sisinya mengumumkan dia keluar PKR ialah Datuk Salehuddin Hashim. Hari ini, seorang lagi MP - ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar PKR. Sekali lagi Salehuddin Hashim berada di sisi Mohsin ketika dia mengumumkan keluar parti.

Dua orang MP telah keluar PKR dalam tempoh dua hari. Dan setiap kali ada yang keluar PKR, Salehuddin akan berada di sisi mereka yang keluar.


Cuma yang tidak jelas siapa yang bertindak sebagai broker membeli MP-MP PKR itu? Yang pasti upah untuk broker pasti mahal. Sebab yang si-broker ini beli bukan tanah, dia beli orang, MP pula tu. oleh itu, jangan hairan jika upahnya enam atau tujuh angka. Banyak tu, tapi berbaloi!!

utaraonline





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...