Khamis, Mac 04, 2010

Tan Tee Beng dicabar letak jawatan ahli parlimen

Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR: Tan Tee Beng dicabar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen (MP) Nibong Tebal kerana rakyat jelas memilih Parli Keadilan Rakyat (PKR) sebagai wakil rakyat dan bukannya Tee Beng secara peribadi. "Beliau juga telah mengkhianati amanah rakyat Nibong Tebal. Oleh itu kami sekali lagi mencabar Tan Tee Beng, sekiranya beliau anak jantan dan tidak bacul sila lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal dengan serta merta bagi membolehkan Pilihanraya Kecil diadakan dan PKR Nibong Tebal bersedia untuk menguburkan karier politik Tee Beng dalam pilihanraya akan datang," tegas Timbalan Ketua, PKR Cabang Nibong Tebal, Mohd Kamil Abu Bakar dalam kenyataan mediannya kepada EraPakatan.Menurut Mohd Kamil, pengumuman keluar parti oleh Tan Tee Beng memang telah dijangkakan. "Sepanjang beliau menjadi MP, tindak tanduknya sering menentang arus perjuangan parti dan semangat permuafakatan dalam PR. "Beliau telah memulakan serangan terhadap Ketua PKR Cabang Nibong Tebal dengan berbagai fitnah dalam akhbar berbahasa Cina, begitu juga serangan terhadap YB ADUN Jawi," jelas beliau."Selepas itu beliau meneruskan pula serangannya terhadap Ahli-ahli Majlis MPSP, seolah-olah hanya beliau sahaja yang tahu menjalankan kerja.Mohd Kamil berkata, untuk pengetahuan semua, kehadiran Tee Beng sebenarnya telah memporakperandakan keharmonian PKR Cabang Nibong Tebal. Beliau cuba memecah-belahkan ahli parti dan cuba membentuk puak dalam parti. Namun kelicikannya dapat dihidu dan dibendung oleh Jawatankuasa PKR Cabang Nibong Tebal."Kami pendokong parti bukanlah bodoh untuk diperkotak-katikkan oleh orang seperti Tee Beng. Kami sentiasa teguh di belakang pimpinan PKR Cabang Nibong Tebal. Kami mengalu-alukan kepergian Tee Beng kerana beliau langsung tidak memberi manfaat kepada parti. Malah sekiranya masih ada saki baki mereka yang mahu mengikut jejak Tee Beng, parti membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka pergi," tegas beliau lagi.
KUALA LUMPUR: Tan Tee Beng dicabar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen (MP) Nibong Tebal kerana rakyat jelas memilih Parli Keadilan Rakyat (PKR) sebagai wakil rakyat dan bukannya Tee Beng secara peribadi.

"Beliau juga telah mengkhianati amanah rakyat Nibong Tebal. Oleh itu kami sekali lagi mencabar Tan Tee Beng, jika beliau anak jantan dan tidak bacul sila lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal dengan serta-merta bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan.

"Dan PKR Nibong Tebal bersedia untuk menguburkan karier politik Tee Beng dalam pilihan raya akan datang," tegas Timbalan Ketua, PKR Cabang Nibong Tebal, Mohd Kamil Abu Bakar dalam kenyataan medianya di sini, hari ini.

Menurut Mohd Kamil, pengumuman keluar parti oleh Tan Tee Beng memang telah dijangkakan.

"Sepanjang beliau menjadi MP, tindak tanduknya sering menentang arus perjuangan parti dan semangat permuafakatan dalam PR.

"Beliau telah memulakan serangan terhadap Ketua PKR Cabang Nibong Tebal dengan berbagai fitnah dalam akhbar berbahasa Cina, begitu juga serangan terhadap YB Adun Jawi," jelas beliau.

"Selepas itu beliau meneruskan pula serangannya terhadap Ahli-ahli Majlis MPSP, seolah-olah hanya beliau sahaja yang tahu menjalankan kerja.

Mohd Kamil berkata, untuk pengetahuan semua, kehadiran Tee Beng sebenarnya telah memporakperandakan keharmonian PKR Cabang Nibong Tebal.

Tambah beliau, Tan cuba memecah-belahkan ahli parti dan cuba membentuk puak dalam parti. Namun kelicikannya dapat dihidu dan dibendung oleh Jawatankuasa PKR Cabang Nibong Tebal.

"Kami pendokong parti bukanlah bodoh untuk diperkotak-katikkan oleh orang seperti Tee Beng. Kami sentiasa teguh di belakang pimpinan PKR Cabang Nibong Tebal. Kami mengalu-alukan pemergian Tee Beng kerana beliau langsung tidak memberi manfaat kepada parti.

"Malah sekiranya masih ada saki baki mereka yang mahu mengikut jejak Tee Beng, parti membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka pergi," tegas beliau lagi.




2 ulasan:

  1. manusia tidak bermaruah dan biadap. sama seperti bapak dia tan gim hwa. memalukan bangsa saya.
    celaka dan sial betul...

    BalasPadam
  2. Katak-katak ni semua bukan ada jantina, cabarlah macamana pun takkan berani punya...katak pondan pun lagi baik daripada depa ni semua.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...