Ahad, Mac 28, 2010
Makin Ramai Anggotai Anak Selepas Penahanan Mazlan
TEMERLOH: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), saudara Mazlan Aliman berkata persatuannya menerima permohonan keahlian yang sangat mengalakkan daripada masyarakat felda selepas peristiwa penahannya berlaku. Dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, di sini, sebentar tadi Mazlan berkata beliau menerima banyak permohonan daripada generasi kedua Felda diseluruh Negara yang menyatakan keinginan menjadi ahli persatuan Anak.
“Saya menerima banyak permohonan daripada masyarakat Felda generasi kedua seluruh negara yang mahu menganggotai Anak. Penahanan saya baru-baru ini merupakan suatu hikmah yang telah menyedarkan masyarakat felda.
“Walau pun tekanan semakin kuat namun saya masih menerima banyak permohonan daripada mereka untuk mengadakan ceramah, dialog dan kegiatan lain. Ini menyakinkan saya bahawa masyarakat felda yang selama ini dianggap talian hayat Umno akan berakhir,” katanya.
pahangkini
Mana PERKASA dan Che Det yang kunun untuk mempertahankan Melayu.
BalasPadamFELDA adalah 99 peratus Melayu...nah sekaran berahim sila perjuangkan nya..JANGAN JADI MUNAFIK BERAHIM!!!