Ahad, Mac 28, 2010
Umno BN punyai banyak bahan buangan
PRK Hulu Selangor: Memang betul Umno-BN 'banyak bahan'
Angkasanuri
Akhirnya Umno-BN 'terpaksa' berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya dari PKR sebelum ini Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad.
Sebelum ini Umno-BN dilihat cukup fobia dan gentar untuk berhadapan rakyat dalam pilihanraya kecil.
Pilihanraya kecil ini menjadi kayu ukur kepada Pakatan Rakyat dan BN sejauh mana perkembangan isu terkini mempengaruhi sokongan rakyat kepada kedua-dua parti berkenaan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin awal-awal lagi meluahkan keyakinannya untuk menawan kembali parlimen Hulu Selangor kerana mendakwa bahawa Umno-BN kini mempunyai banyak 'bahan' untuk berhadapan dengan PKR-PAS-DAP.
Dalam hal ini saya amat bersetuju dengan Muhyiddin bahawa Umno-BN mempunyai banyak bahan dalam pilihanraya kecil ini.
Secara tradisi, 'bahan-bahan' yang dijangka membantu Umno-BN ialah polis yang kini mendapat pelbagai intensif dari kerajaan 1Malaysia. Selain itu juga SPRM dijangka kekal akan turut sama menjadi 'bahan' penting kepada Umno-BN.
Dalam hal ini saya tak menafikan peranan media pengampu dan penipu seperti Utusan, Berita Harian, RTM, TV3 dan yang sewaktu dengannya yang pastinya akan melipat gandakan usaha agar dilihat sebagai 'bahan' yang paling berguna kepada Umno-BN.Cerita-cerita tentang lembu, rampasan tanah YBK dan pembinaan kuil dijangka akan terus.menjadi 'bahan' kempen Umno-BN kali ini.
Namun dalam banyak-banyak bahan, saya yakin bahan yang paling penting pastinya beberapa spesis yang mendakwa kini menjadi bakal rakyat bebas.
Pastinya mereka akan menjadi kuda tunggangan yang akan diseret ke serata ceruk agar menjadi 'bahan' kempen yang paling lawak Umno-BN dalam pilihanraya kecil kali ini.
Memandangkan Umno-BN mempunyai pelbagai 'bahan' dalam pilihanraya kecil ini maka seluruh jentera Pakatan Rakyat di seluruh peringkat perlu melipat gandakan usaha dalam memenangi hati rakyat khususnya pengundi di parlimen Hulu Selangor. Ini penting untuk memastikan 'bahan-bahan' yang dimiliki oleh Umno-BN akan menjadi bahan buangan tak terpakai!
harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...