Sabtu, Mac 27, 2010

Sekilas Politik Parlimen Hulu Selangor

Oleh: sunsnake08


Selaku penduduk tetap di kawasan ini, teman rasa layaklah bagi teman memberikan sedikit pendapat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman teman bergerak aktif dalam politik disini.

Parlimen Hulu Selangor ini jelas merupakan Kubu Kuat bagi UMNO Selangor. Kepimpinan Dato' Idris Abu Bakar yang menjadi Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor sekian lama tambahan pula beliau adalah ADUN Hulu Bernam yang senantiasa tidak pernah gagal menewaskan calon-calon PAS yang silih berganti di Dun tersebut.

Dun Hulu Bernam
Boleh dikatakan penguasaan UMNO terhadap DUN terkuat mereka Hulu Bernam ini adalah secara total dimana UMNO menguasai hampir kesemua Felda-felda disini seperti Felda Sg. Tengi, Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Gesir dan juga Felda Sg. Tengi Selatan.

Sememangnya pengundi Felda merupakan satu-satunya talian hayat UMNO yang ada di Semenanjung Malaysia ini dan oleh sebab itulah kita dapat melihat betapa besarnya perbezaan undi yang diterima UMNO diantara Johor dan Pulau Pinang!

UMNO boleh dikatakan gagal memasuki kawasan-kawasan yang bukan melayu seperti Kampung-kampung cina dan estet-estet dan mungkin untuk kali ini, gerak kerja mereka akan lebih tertumpu dikawasan-kawasan 'non-malay' ini.

Dun Batang Kali
Satu lagi Kubu Kuat UMNO di dalam Parlimen Hulu Selangor. Calon PKR saban kali pilihanraya seolah-olah pasti tewas disini! Terkenal dengan sejarah Muhammad Taib yang merupakan bekas pimpinan UMNO yang sangat 'lagenda'. Diwarisi oleh Zainal Sakom dan kemudiannya yang terkini Md Isa Kasim. Dun Batang Kali merangkumi sekitar Pekan Batang Kali,Bukit Beruntung, Bandar Baru Sg. Buaya dan Sg. Choh yang bersempadan dengan Dun Rawang.

Perasmian Karnival UMNO Juara Rakyat peringkat pusat di Bukit Beruntung Januari lepas jelas membuktikan kesungguhan UMNO mahu memastikan kemenangan mereka sekiranya berlaku PRK disini dan jelas ianya hampir tepat!

Dun Kuala Kubu Bharu
Disinilah terletaknya pusat pentadbiran bagi Hulu Selangor dan sekian lama dikuasai oleh MCA. DAP masih gagal merampas kerusi ini juga sekian lama! PRU 2008 akhirnya DAP berjaya menurunkan majoriti kepada hanya 448 majoriti sahaja. Berkemungkinan besar Penamaan Calon juga akan turut diadakan disini sesuai dengan statusnya sebagai pusat pentadbiran.

Kesimpulan
Ranjau yang sangat berduri sedang menanti Pakatan Rakyat di PRK Hulu Selangor ini. Kekuatan dan keampuhan UMNO-BN disini sangat jelas dan memerlukan suatu yang 'ajaib' bagi mengalahkan mereka. Pakatan Rakyat sewajibnya memilih calon yang benar-benar sesuai dan boleh diterima oleh penduduk kawasan ini. Bagaimanapun ianya gak sukar kerana perbezaan yang terlalu ketara diantara kehendak pengundi-pengundi Melayu di felda-felda dan juga kehendak pengundi-pengundi bukan melayu di pekan-pekan.

Suatu usaha yang sangat jitu dan berani sangat perlu dibentuk dan disediakan. Strategi dan plan yang sangat efisien dan tepat wajib direncanakan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat disamping usaha bersepadu daripada ketiga-tiga parti komponen. Tenaga kerja yang ramai dan keazaman yang sangat tinggi amat dituntut sekiranya mahu melihat 'keajaiban' ini menjadi realiti!

sunsnake

Aku Budak Balun






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...