Sabtu, Mac 27, 2010

Wanita dirogol rakan suami mabuk

2010/03/27

KUALA LUMPUR: Padah sikap suami gemar mabuk sehingga tidak sedarkan diri, isterinya pula terpaksa menanggung azab apabila wanita malang terbabit mendakwa dia dirogol rakan suaminya itu dalam kejadian berlaku di rumah pasangan itu di sebuah pangsapuri di Taman Sri Batu, di sini.

Malah, rakan suaminya itu juga dikatakan mengambil kesempatan setiap kali mangsa tidur dan lelaki hidung belang itu yang juga dalam keadaan mabuk, menceroboh bilik wanita terbabit.

Difahamkan, dalam laporan dibuat mangsa, kejadian malang itu berlaku empat kali dan kali terakhir minggu lalu dan setiap kali dirogol, wanita terbabit dikatakan dalam keadaan separuh sedar berikutan dia mengambil beberapa jenis ubat.


Menurut sumber, mangsa bekerja sebagai operator pengeluaran dan berusia lingkungan 30-an mendakwa menjadi mangsa rogol rakan suaminya itu setiap kali mereka mabuk.


“Wanita terbabit mendakwa suaminya kerap membawa pulang rakannya dalam keadaan mabuk.


“Apabila mabuk, dia mendakwa suaminya pasti tidak sedarkan diri dan kesempatan itu diambil rakan suaminya apabila dia merogol mangsa,” katanya.


Sumber itu berkata, bagaimanapun wanita berkenaan dikatakan takut untuk menceritakan kejadian itu kepada suaminya kerana bimbang dimarahi lelaki terbabit.


“Namun, selepas tidak tahan dengan kelakuan rakan suaminya itu, mangsa akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit,” katanya.


“Dia membuat laporan itu Rabu lalu dan turut memberitahu ketika kejadian, suaminya ada di rumah namun tidur kerana terlalu mabuk,” katanya. Menurut sumber itu, wanita terbabit mendakwa kejadian terakhir berlaku minggu lalu ketika dia tidur dalam bilik sebelum didatangi rakan suaminya yang ketika itu juga dalam keadaan mabuk.


“Wanita itu mendakwa dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana terlalu letih disebabkan ubat diambilnya sebelum tidur dan hanya menyedari dirinya dirogol sejurus terjaga daripada tidur,” katanya.


“Mangsa pada mulanya menyangkakan lelaki terbabit adalah suaminya terkejut apabila mendapati lelaki yang tidur bersamanya adalah rakan suaminya,” katanya.


hmetro





2 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Empat kali atau beberapa kali melakukan zina baru "DECLARE" kena rogol.Ok Ke?
    Alasan harus dipikirkan
    i)Tak sedar kerana makan pil? (Pil apa yg dimakan dan apa perlu mangsa makan pil?)
    ii)Takut akan di pukul atau dicerai oleh suami kalau si suami tahu si mangsa kena rogol dgn kawan si suami , ini samalah bersetuju dizinai.
    iii)Kenapa tak tinggalkan si suami yg tak bertanggong jawab yg sering mabuk atau ada si mangsa 2 x 5 juga???????????Kes very funny.hj jamaludin

    BalasPadam
  2. kali pertama,kedua dan ketiga agaknya sodap...dah lama masuk kali ke4 meyampah lah pula..betina..betina..terimalah azab ALLAH NANTI..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...