Khamis, April 01, 2010
Fabregas selamatkan Arsenal daripada diaibkan Barcelona
1/4/10 - Keputusan Bola Sepak Liga Juara-Juara Eropah
Arsenal 2 (Walcott,68, Fabregas,84) Barcelona 2 (Ibrahimovic,46, 59);
Inter Milan 1 (Milito,64) CSKA Moscow O
LONDON: Jaringan penalti Cesc Fabregas menyelamatkan Arsenal daripada diaibkan Barcelona apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada saingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Kapten Arsenal itu dijatuhkan Carles Puvol yang juga kapten Barcelona di dalam kotak penalti sehingga memaksa pengadil melayangkan kad merah kepada Puvol pada minit ke-84.
Sebelum itu, Barcelona hampir meraikan kejayaannya memang selesa di tempat lawan menerusi dua jaringan pemain antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-46 dan 59.
Bagaimanapun, pemain sayap England, Theo Walcott yang dimasukkan pada separuh masa kedua menyumbang gol pertama Arsenal pada minit ke-68.
Terdahulu, Barcelona melancarkan asakan awal bertub-tubi ke kubu Arsenal sebaik wisel permainan dimulakan.
Gandingan penyerang berbisa Argentina, Lionel Messi dan Ibrahimovic hampir menghasilkan sekurang-kurangnya tiga gol tetapi berjaya ditepis penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia. - Agensn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...