Selasa, April 20, 2010

Kompaun JPJ naik 333 peratus


Kesalahan penggunaan plat kenderaan juga bakal dikenakan kompaun yang lebih tinggi selepas pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan diluluskan di Dewan Rakyat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

kosmo







2 ulasan:

  1. Bro

    Saya Sokong 333%, tapi kalau ada yang masih tidak takut juga...Entahlah. Bengong agaknya

    BalasPadam
  2. cendrawasih21/4/10 12:49 PG

    orang yg sokong tu kena fikir masak2 JPJ kalau dia tahan kenderaan habis dia periksa drp A sampai Ke Z xde salah pun akan di cari jugak salah,kekadang kesalahan tu boleh guna budi bicara pun saman juga, utk Bro anda lah orang pertama yg akan kena saman 333% nanti baru lah tahu langit tinggi rendah bila nak bayar. sebenarnya di malaysia ni pihak berkuasa dah gagal utk mencari kaedah bagaimana nak mendisplinkan pemandu, mendisplinkabn pemandu bukan dgn menaikkan saman sampai 333% ini keje gila, lesen memandu saya di keluarkan sejak tahun 1967 lagi Alhamdulillah belum lg terlibat dgn kemalangan atas kesalahan sendiri tapi disebabkan pemandu lain sebanyak 2 kali memang ada itu pun kemalangan kecil. yg melibatkan kenderaan saja.( muga2 Allah melindungiNya ) sebenarnya 90 % punca kemalangan adalah sikap pemandu yg tidak berhemah semasa berada di jalanraya,tiada tolak ansur,sombong,ego xsabar dan cepat baran mereka2 ini kalau di denda dgn denda yg tinggi sekali pun mereka tetap bersikap spt itu juga. hanya 10% saja kemalangan disebabkan keadaan jalanraya serta kosmetik nya.Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Jalanraya sepatutnya menitik beratkan soal2 bagi mengadakan kursus2 Pemanduan Berhemah sekurang2nya 1 hari kepada pemandu2 muda kerana dalam kenderaan itu sendiri pun byk tempat2 yg boleh menghalang penglihatan keluar..fikir2kan lah..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...