Selasa, April 20, 2010

Konspirasi II Anwar: 10 Negara Asean Desak Siasatan Adil


Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmaidi Yusoff menggesa kerajaan mengadakan siasatan yang adil dan menggugurkan segala kes yang berkait dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan hasrat 110 Pertubuhan Hak Asasi Manusia baru-baru ini di Jakarta.

Beliau berkata Pertubuhan tersebut yang diwakili oleh lebih 110 gagasan yang hadir terdiri dari pimpinan tertinggi 10 negara Asia Tenggara (Asean) menandatangani satu petisyen yang mewakili Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Petisyen itu akan dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan negara-negara (Asean), Dr Surin Pitsuwan.

“Mereka telah membuat keputusan bahawa kes Anwar dan Aung San Sau Kyi akan digesa ke Secretary General of the Association of South East Asian Nations (ASEAN) bagi menyediakan satu siasatan yang adil.

“Macam Aung San Suu Kyi, Anwar Ibrahim sudah melawan untuk mendapatkan hak mereka. Anwar telah menjadi mangsa politik negara tanpa ada satu siasatan yang adil. Pada tahun 1999, Anwar telah didakwa atas kes liwat dan kemudian Anwar telah menghabiskan masa selama 6 tahun di penjara. Pada tahun 2008, Anwar sekali lagi didakwa melakukan liwat dan ini menjadi tanda tanya kepada semua sejak ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata ini adalah satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya Anwar di dalam bidang politik oleh kerajaan Umno BN.

“Mengapa sebab saya mahu kongsikan perkara ini bersama media di sini kerana media dari luar negara kesemuanya melaporkan. Saya percaya demokratik boleh memberi sokongan hak asasi manusia kerana bagi kesemua yang hadir ianya adalah satu perkara serius konspirasi,” katanya.

Beliau berkata satu siasatan adil juga perlu disiasat oleh satu badan sisasatan yang bebas dan tidak mempunyai mana-mana kepentingan dalam menentukan kebenaran sebenar.

Dalam pada itu, anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar Ibrahim menggesa keadilan untuk bapanya dapat diketengahkan.

Kata Izzah jika negara-negara lain mahukan keadilan untuk bapanya apakan lagi beliau dan rakyat Malaysia yang tahu percaturan politik negara sentiasa mahu menghancurkan kerjaya politik bapanya.

“Kita pohon kerajaan Malaysia mengambil peluang menunjukkan kepimpinan untuk melihat keadilan dalam kes ini bukan sahaja kes Aung San Suu Kyi tetapi kes Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim,” katanya.

Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Canada, Kim Cambell dan ditandatangani lebih daripada 300 ahli-ahli parlimen, pensyarah, profesor, pegawai tinggi dan delegasi-delegasi dari luar negara.

tvs







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...