Jumaat, April 23, 2010

Malam Tadi Gua Jumpa Hantu Di Hulu Selangor...

Malam tadi kan malam Jumaat, gua pun tak tahu la... samada malam Jumaat biasa2 jer... atau malam Jumaat Keliwon, ada mamat tu.... (tak boleh sebut nama... sebab popular sangat) siap hantar sms kat gua... dia taip " la..la..la... indahnya malam ini" piiiraaahhhh... gua tau la lu baru kahwin... semuanya indah belaka... tunggu la.. bila anak bersusun paku nanti.. baru lu tau apa yang indahnya...



Di sini gua bukan nak cerita pasal mamat tu..., dia tu jenis kacang hantu... ha..ha..ha... dua perkara yang berbeza, yang gua nak cerita kat sini pasal hantu...., hantu yang "real" punya... bukannya "real madrid" jangan salah faham.



Sesiapa yang dah biasa jumpa hantu... gua rasa takda hal punya... habis kuat pun lu orang senyum dan say hello jer.. kat hantu2 tu. Bagi sesiapa yang pengecut dan tak pernah jumpa hantu, dengar jer... dah meremang bulu roma.



Semalam gua sampai rumah pukul 2.30am... bila gua buka jer.. blog, member kita ada komen seperti kat bawah tu... dia suruh gua tengok hantu, perghhh... memang hantu pun... dasat giler... gua cakap lu..., sesiapa yang tak pernah melihat hantu atau teringin sesangat, atau nak adventure konon2nya nak tengok hantu macam budak2 seekers tu, boleh klik dan check sendiri... lepas tu lu orang pergilah cari sendiri hantu tu... gua yakin lu orang mesti expert punya dan tahu mana nak cari lokasi hantu tu melepak sekarang ni.



Cuma.. gua minta maaf awal2 dengan lu orang semua. Sebabnya gua sendiri kurang pasti dengan data maklumat hantu tersebut samada betul atau tidak, gua malas nak buat search maklumat hantu tu.. dah pukul 3 pagi beb..., nanti tak pasal2 hantu tu... sergah gua... mau kena penerajang dengan gua... n3 ini pun gua taip dan jadualkan publish untuk pagi ini.

storm62 berkata...


TERBONGKAR LAGI:
Kamalanathan adalah pengundi hantu untuk Smay Vellu diSungai Siput P62

Check for yourself, 651018106495 http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx , lu tenguk sendiri.

Jumaat, April 23, 2010 1:42:00 AM




Sumber: Credit to Bro Isa...kah! kah! kah!
Read more:
www.ikutsukaakuisa.co.cc


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...