Jumaat, April 23, 2010

Tanda-tanda kiamat


Bencana Alam

Tidak seorang pun dapat mengetahui waktu berlakunya kiamat.Allah SWT merahsiakan masa akan berlakunya kiamat agar manusia sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapinya.

Walaupun kita tidak mengetahui bila berlaku kiamat tetapi Rasulullah SAW telah menjelaskan kepada kita tanda-tanda sebelum berlakunya kiamat.Ia terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda kecil

1.Segala urusan agama ditadbir oleh orang yang bukan ahlinya.
2.Anak derhaka kepada ibubapa.
3. Banyak berlaku pergaduhan dan peperangan.
4. Manusia berlumba lumba membina bangunan tinggi.
5.Banyak berlaku gempa bumi dan bencana alam.
6.Wanita berkelakuan dan berpakaian menyerupailelaki dan sebaliknya.
7.Maksiat berleluasa.
8.Wanita lebih ramai dari lelaki.
9.Bermuamalat dengan riba.
10.Ramai wanita lebih selesa mendedahkan aurat.
11.Masa semakin singkat.

Tanda-tanda besar

1.Hilang tulisan al-Qur’an daripada mushaf.
2. Munculnya imam Mahadi untuk menegakkan Syariat.
3. Keluar Dajjal merosakkan agama.
4. Turunnya Nabi Isa a.s.
5. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
6. Keluar Daabbatul Ardh (binatang perosak bumi).
7. Terbit matahari dari ufuk barat.
8. Keluar Dukhan(asap Tebal).
9. Gempa bumi di timur,barat,dan semenanjung Arab.
10 Api besar yang menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar,
Api itu bermula dari arah negeri Yaman.

sumber: smksp






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...