Khamis, April 01, 2010
Pelajar 14 tahun dirogol berulang kali oleh teman lelaki sejak awal tahun
BESUT – Tindakan pelajar berumur 14 tahun menganggap seks sebagai perkara biasa membawa padah, apabila dia dirogol teman lelakinya beberapa kali sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar Tingkatan 2 yang menuntut di sebuah sekolah menengah di daerah ini sebaliknya hanya menganggap bahawa seks adalah perkara biasa bagi dirinya.
Menurutnya, mangsa mengadu dirogol tiga kali dalam tempoh tiga bulan bermula 15 Januari sehingga 1 Mac lalu di beberapa lokasi sekitar Kuala Besut.
Mangsa dan suspek telah lama berkenalan. Mereka pernah belajar di sekolah sama tetapi suspek berumur 16 tahun dari Kampung Alor Pisang di sini tidak lagi bersekolah di sekolah berkenaan,” katanya.
sinarharian
Inilah diantara akibatnya apabila ibu bapa tiada memperdulikan anaknya. Tak ambil tahu kemana anaknya pergi, dengan siapa dia pergi dan tujuan apa anaknya keluar rumah. Justeru ibu bapanya juga mesti dipersalahkan dalam hal ini.
BalasPadamMemanglah sikap ini adalah diantara fenomina yang kerap terjadi dikalangan keluarga melayu, cukup mudah termakan dengan cerita2 anak2. 'macam anaku sazali' ?. 'Parenting' adalah mustahak yang mana ramai masyarakat melayu ambil ringan. Kutbah jumaat adalah diantara, ketika yang paling sesuai untuk tarbiah orang2 seperti ini. Hanya menangkap dan menghukum bukanlah jawapan yang betul dalam pendidikan anak2. Harap jadikan peristiwa ini sebagai iktibar.
anak-anak sekrg pandai menipu.kata pergi perpustakaan tapi pergi tempat lain.ibubapa pula sibuk mencari nafkah untuk memenuhi tuntutan hidup.ini semua media lah puncanya.contohnya kalau dulu liwat tu tak siapa yang tau tapi sekarang anak umur 3 tahun pun dah tau.kadang2 malu nak tengok berita kat tv..apalagi filem yang ditayangkan..
BalasPadam