Sabtu, April 03, 2010

Pengawal keselamatan lapor polis skandal seks Soi Lek


SHAH ALAM – Seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat, semalam membuat laporan polis dan peguam negara berhubung kes skandal seks membabitkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya menerima laporan daripada individu lelaki berusia 26 tahun itu kira-kira jam 1 petang semalam.

“Dalam laporan itu, pengadu mendakwa tidak berpuas hati dengan siasatan polis terhadap kes tersebut termasuk mempertikaikan kenapa Soi Lek tidak dituduh di mahkamah.

“Pengadu juga menggesa peguam negara dan polis segera mendakwaSoi Lek di mahkamah bagi kesalahan melakukan seks luar tabii,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad berkata, pengadu terbabit turut mendakwa dia diarahkan seseorang untuk tampil membuat laporan polis berkaitan kes itu.

Beliau berkata, memandangkan laporan sudah dibuat, polis akan meneliti terlebih dulu sebelum sebarang siasatan atau tindakan diambil.

“Kita (polis) bagaimanapun sudah merujuk kes ini kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor kerana dipercayai laporan sama turut dibuat di tempat lain,” katanya.

Bagaimanapun, cubaan untuk mendapatkan komen Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berhubung perkara itu tidak berjaya kerana beliau gagal dihubungi.

Sementara itu, 2 Januari dua tahun lalu, Soi Lek meletak jawatannya ketika itu sebagai Naib Presiden MCA setelah mengaku bahawa beliau adalah orang yang dipaparkan dalam satu video seks yang tersebar luas ketika itu.

sinarharian





1 ulasan:

  1. sekarang ni polis dok kalut cari kes2 salah laku dari pihak Pakatan Rakyat,mana ada masa nak siasat kes yang melibatkan pemimpin UBN,kalau ada pun siasatan maka jawapannya tak cukup bukti untuk dakwa, macam tu lah perangai polis kalau kes yang sangkut dengan pemimpin2 BN dulu,kini dan selamanya polis akan berikan jawapan yang sama,tapi kalu kena kat pemimpin2 Pakatan Rakyat sepantas kilat polis akan siasat mencari dan mencipta bukti utk sabitkan kesalahan.contohnya terlalu banyak untuk dikongsikan disini bagaimana sikap double standard pihak penguatkuasa menjalankan amanah rakyat.kepada polis yang beragama islam tolong ingat yang anda gaji anda dibayar oleh rakyat bukan umno yang bayar gaji,jangan sampai dapat gaji duit haram bagi anak bini makan sebab buat kerja tak jujur.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...