Sabtu, April 03, 2010
Apa kata Umno dan MIC letak calon masing-masing di Hulu Selangor
Sangat lucu melihat pertelagahan Umno-MIC dalam merebut kerusi Parlimen…P94-Hulu Selangor. Mati-mati Umno kutuk MIC yang kini dikatakan sebagai komponen paling lemah dalam BN. Umno siap kempen nak letak Mat Taib kat situ bagi gantikan Palanivel.
Palanivel yang juga Timbalan Samy sudah tentu tidak akan biarkan Umno pijak kepala dia. Malulah kalau Umno dengan senangnya menafikan hak dia bertanding sedangkan selama ini Umno telah setuju bagi kerusi tu kat dia. Hanya kerana kalah tipis pada 2008, Umno sudah tuduh dia hilang taring, takda gigi dan dah expired. Umno jugalah juara rakyat.
30 Mac lalu Umno dengan tamaknya telah hantar memorandum pada Pengerusi BN. Najib yang jadi Pengerui BN adalah Presiden Umno, jadi tidak mustahil tuntutan itu dipenuhi. Kalau dipenuhi memang malang buat MIC sebab jangan harap mereka dapat kerusi itu semula untuk PRU13 nanti. Umno tetap akan ketegak juga masa tu…tak buat memo, mereka turun demo.
Kalau Umno berjaya dalam tuntutan mereka, MIC tak boleh duduk diam. Kena lawan. Letak jugalah calon MIC. Biara ada dua calon BN. Kita lihat parti mana yang lebih berpengaruh dalam BN di Hulu Selangor…
Ha..ha..ha..saya yakin ahli Umno yang baca artikel ini panas punggung…akan keluarlah hujah Melayu mereka…saya peduli apa….bukan parti Pakatan pun….
Yang pasti apa yang Umno buat ini wayang sahaja….in the end…Najib bagi gak kat MIC atas dasar setiakawan dan satu Malaysia la kononya….ha..time tu apa pula ahli Umno yang ketegak ketiak basah nak cakap…
syukran
Kalau UMNO dan MIC letak calon sendiri aku setuju sangat. Bolihlah kita sama - sama jadi pemantau pilihan raya tu...
BalasPadam