Isnin, April 19, 2010

PKR Desak SPR Jelas Pemindahan Pengundi


Parti Keadilan Rakyat mendesak Suruhanjaya Pilihanraya menjelaskan pemindahan pusat-pusat pembuangan undi di Hulu Selangor yang menyebabkan 13,488 pengundi P94 dialihkan dari tempat mengundi asal mereka.

Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Fuziah Salleh berkata tindakan SPR ini amat mencurigakan kerana pemindahan ini menyebabkan para pengundi terhalang dari membuang undi untuk calon pilihan mereka di kawasan asal masing-masing.

Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Di Dun Hulu Bernam, ia melibatkan pengundi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Bernama ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Hulu Bernam (35 pengundi), dari Sungai Selisik ke SK Gesir Tengah (331 pengundi), dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalumpang ke SRA Kalumpang (235 pengundi) dan SRA Hulu Bernam ke SK Hulu Bernam (Ladang Ascot) melibatkan 1,085 pengundi.

Manakala Dun Kuala Kubu Baru pula, pemindahan melibatkan dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Kuala Kubu Baru ke SMK Dato’ Haji Kamaruddin (2,824 pengundi) dan SRA Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air (1,801 pengundi).

Sementara di Dun Batang Kali pula, dari SK Serendah ke SRJK Cina Serendah (751 pengundi), SRJK Cina Serendah ke SRA Serendah (1898 pengundi), SRJK Cina Serendah ke SK Serendah (906 pengundi) dan SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali (2,270 pengundi).

Selain itu, pusat mengundi baru di SRA Taman Bunga Rakyat melibatkan pemindahan dari daerah mengundi Bukit Beruntung ke SRA Taman Bunga Raya (550 pengundi), Taman Bunga Raya ke SRA Taman Bunga Raya (302 pengundi) dan kawasan sekitar melibatskan 498 pengundi.

Fuziah meminta orang-ramai supaya mengemaskini dan menyemak butiran di pengkalan data SPR.
Beliau berkata Pakatan Rakyat terpaksa melipat-gandakan usaha menerangkan pemindahan ini kepada para pengundi yang terkesan bagi melicinkan proses pembuangan undi nanti.

Sementara itu, PKR sedang berusaha menghubungi 15,000 pengundi yang bermastautin di luar Hulu Selangor.

tvs






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...