Khamis, April 08, 2010
PKR jangan lagi menternak berudu
Rakyat Tidak Mahu Katak Lagi
Oleh Noor Safinas Ghazali
KUALA LUMPUR : Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor kian terasa apabila nama bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Badrul Amin Bahron hangat diperkatakan menjelang penamaan calon oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) 13 April ini.
Melalui satu undian yang dijalankan di laman blog wfauzdin.blogspot.com, Dr. Badrul Amin mendahului calon-calon lain termasuklah dua calon yang dikatakan hampir terpilih iaitu Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut blog itu, kriteria sebagai seorang reformis tulen yang sering bersama rakyat berhimpun, berarak di jalanan dan merasai susah getirnya menjadi seorang pejuang reformasi melayakkan beliau untuk bertanding dalam PRK, 25 April ini.
Sikap komited dalam perjuangan dan bebas kontroversi membuktikan tidak ada sebab mengapa nama beliau akan ditolak oleh komuniti Cina dan India.
"Biar siapa pun calon yang dipilih kelak, sokongan yang diberikan kepada Pakatan Rakyat (PR) akan tetap diteruskan.
"Sebagai pejuang kecil di dalam PR ini akan tetap menyokongnya dan berharap agar calon itu mestilah lebih baik dari Dr. Badrul Amin," jelas penulis blog.
Mengikut rekod, Dr. Badrul Amin merupakan seorang penceramah agama yang terkenal dan pernah menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 2 tahun sebelum ini.
Walaupun tewas bertanding dalam pilihan raya 2008 di Parlimen Sabak Bernam dan kawasan Dewan Undangan Negeri Kuang, beliau tidak pernah berundur setapak pun daripada perjuangannya walaupun tidak mendapat apa-apa habuan atau kedudukan.
"Kita menaruh keyakinan pimpinan kita tidak lagi silap di dalam menentukan calon kerana kita tidak lagi mahu `menternak berudu' yang tiba masanya berubah menjadi `katak', " tegas penulis blog itu.
erapakatan
Pak Long sokong Badrul Amin, Biagpila sokong pulak Pak Long ngan "link"kan blog Pak Long disini... t/kasih
BalasPadamok pak long....
BalasPadam