Khamis, April 08, 2010

Rasis Jadi Makanan Umno

Oleh Noor Safinas Ghazali


KUALA LUMPUR : Krisis kronik yang berlaku dalam pucuk pimpinan Umno seringkali ditutup dengan provokasi perkauman oleh segelintir pemimpinnya.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shahrin, Umno seharusnya berterima kasih kepada orang Melayu kerana sanggup diperalatkan oleh Umno semata-mata untuk kepentingan politik mereka sejak puluhan tahun lalu.

"Isu perkauman sentiasa menjadi makanan Umno bagi melindungi kepincangan dan masalah dalaman yang dihadapi mereka," kata Badrul ketika dihubungi Erapakatan hari ini.

Terdahulu, Noh Omar dalam ucapannya dalam satu konvensyen anjuran Barisan Nasional (BN) berkata, orang Melayu telah banyak berkorban untuk bukan Melayu.

Menurut Noh lagi, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima kasih kerana diberikan kerakyatan.

Kenyataan Noh yang berbaur rasis itu telah menyebabkan 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis tersebut.

Selain itu, tindakan majlis yang hanya menjemput pemimpin utama dari Umno untuk duduk di pentas utama menimbulkan kemarahan sekutu mereka.

erapakatan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...