Ahad, Mei 02, 2010
Budak Mata Biru
BUKAN di New York, London atau Riyadh sebaliknya cuma di Kota Kuala Muda, Kedah. Tidak berketurunan orang putih atau Asia Barat, mahupun berdarah kacukan, kewujudan seorang kanak-kanak Melayu yang memiliki sepasang mata biru di negara ini dianggap luar biasa.
Iris atau anak mata Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal berwarna biru air laut!
"Setahu saya memang tidak ada darah mat saleh atau Arab dalam keturunan kami. Kulit kami pun gelap-gelap," kata datuk kanak-kanak itu, Ahmad Mustafa, 62, kepada Jurnal.
Difahamkan, semasa dilahirkan, mata kanak-kanak itu berwarna hitam macam kebanyakan orang Melayu. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.
Aizat yang berusia setahun 4 bulan merupakan anak kepada pasangan bisu dan bermasalah pendengaran, Mohd. Rizal Mohamad, 34, dan Noraini Ahmad, 31.
Ahmad berkata, setakat ini doktor yang ditemuinya belum mengetahui punca mata biru Aizat, namun mengesahkan matanya tidak mengalami sebarang masalah dan boleh melihat seperti kanak-kanak biasa.
Hal itu mendorong tercetusnya pelbagai tanggapan. Selain Aizat mungkin mewarisi ciri bapanya yang memiliki sebelah mata yang sedikit kebiruan, hubungan rapat ibu kanak-kanak itu dengan seekor kucing Siam peliharaan juga dikaitkan sebagai punca mata biru Aizat.
"Semasa mengandungkannya, ibunya gemar bermain dengan seekor kucing Siam yang bermata biru. Selalu selepas pulang dari kerja, dia akan bermain dengan kucing itu dan suka memandang matanya. Dia sering membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya yang kebiruannya.
"Ada orang kata kejadian ini mungkin kenan kucing tetapi saya tidak pasti sama ada ia betul atau tidak. Apa pun, saya anggap ini semua kuasa Allah," kata Ahmad.
Biarpun tidak diketahui sama ada apa yang terjadi kepada Aizat sebagai kenan atau tidak, kejadian itu mendorong Jurnal untuk mengupas mengenai kenan haiwan.
JIKA bukan kenan kucing, mata biru Aizat mungkin diwarisi daripada bapanya yang mempunyai sebelah mata yang kebiruan.
Sambung baca di kosmo...
Share
Orang Pulau Sayak bhai... kat kampung gua gak (Kuala Muda), tapi mak dan bapak dia bisu dan pekak..
BalasPadamSah.. faktor genetik drp bapak dia (dgn kuasa Allah Taala)... mana ada kenan-kenan ni.. syirik...
BalasPadamIsa, mata hang warna biru jugak aku tengok gambaq profil hang tu...kah kah kah!!!!
BalasPadam