Ahad, Mei 02, 2010
Pesta jilat, lekat
Oleh NAZARALI SAERIL dan FIRDAUS SAHAT
2010/05/02
KUALA LUMPUR: Jilat dan lekat. Itulah permainan yang disediakan penganjur untuk pengkid dan lesbian yang menghadiri satu pesta khusus untuk golongan itu di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.
Wartawan Metro Ahad menghadiri pesta berkenaan selepas mendapat aduan orang ramai dan mendapati promosi mengenainya turut dibuat secara terbuka menggunakan laman sosial facebook di Internet.
Pesta terbabit bermula kira-kira jam 11 malam kelmarin dan acara kemuncaknya ialah permainan jilat dan lekat yang bermula kira-kira jam 1 pagi.
Bagaimanapun, usaha wartawan untuk merakam gambar aksi lucah golongan pengkid dan lesbian terbabit sukar kerana penganjur mengambil langkah berhati-hati dengan mengarahkan lampu disuramkan hingga hampir gelap.
Apabila masa ditetapkan tamat, satu pasangan diisytiharkan pemenang dan selepas itu semua pengunjung mula berpesta kembali dengan pasangan masing-masing.
Sebelum permainan berlangsung, banyak juga adegan menjijikkan dapat disaksikan di dalam pusat hiburan terbabit membabitkan pengkid serta pasangan mereka.
Ada yang mengambil kesempatan untuk bercumbu, malah mengusap mana-mana bahagian tubuh pasangan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Dalam masa sama orang sekeliling juga seolah-olah tidak kisah, malah ada yang bertukar-tukar pasangan.
Jika dilihat daripada segi umur, sebahagian besar pengunjung berusia belasan hingga 20-an. Pengkid berpakaian lengkap dan penuh aksesori manakala pasangan masing-masing pula berpakaian seksi.
Sementara itu, mengulas penganjuran pesta songsang terbabit, Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata berdasarkan sudut psikologi, golongan seperti itu mempunyai jumlah I/D besar untuk mencari keseronokan.
“I/D adalah elemen untuk mencari keseronokan. Setiap individu mempunyai I/D ‘Ego’ dan ‘Super Ego’. Oleh itu, apabila jumlah I/D terlalu banyak, ia berubah menjadi perkara negatif.
“Dalam konteks ini, seperti yang dilakukan golongan terbabit, mereka mencari I/D bagi memuaskan nafsu secara songsang dan sebagainya. Selain itu, mungkin ada juga simptom songsang dalam diri wanita berkenaan hingga mereka terbabit dalam gejala terbabit,” katanya.
Sapora mengatakan, bukan mudah untuk memperbetulkan kembali keadaan jika golongan terbabit terlalu lama terdedah dengan kegiatan itu.
“Yang perlu dilakukan ialah menguatkan asas kerohanian serta agama. Ia penting supaya mereka tidak terus terlanjur di dalam dunia songsang terbabit,” katanya.
hmetro
Share
1 love u toooo :D
BalasPadamAku jua lesbian.feminim(nazilah).aku mau tangkap tomboy fee sorang jaaa without gengnya.ia handsomelah.tarus,masukkan,ia arah lesbian club(romantic club di brunei).sebab banyak feminim cari ia.sama gengnya.my tomboy fee.
BalasPadamHey.hello2 sikit.tomboy fee atu aku punya.jgn cuba nak rampas.aku sama ia sudah buat hubungan seks.okey.and me with him.inda batah lagi kan kawen di malaysia.
PadamOkey.kalau mcm atu.aku call ia sekarang.bukannya semalaman.u keluar sama tomboy davio.kan.tampar karang.matang2,tomboy fee.dia punya.pui.
PadamCall dia,dia langsung takmo angkat.dia jatuh cinta arah aku.saja.
PadamApa rasanya.kana tumbuk oleh tomboy fee sama geng2nya.secara beramaian.ampus u.meraka sayang i saja.meraka rindu belaian lah.u know.besok tomboy fee sama geng2nya bawa i sama kawan2 i di miri.
Padam