Jumaat, Mei 28, 2010
Gadis, kekasih enak ‘layan kepala’ dicekup
BERKAS...tiga wanita ditahan dalam operasi, semalam.
Wanita berusia 27 tahun disyaki penagih dadah itu tergamam dan gagal melarikan diri selepas rumahnya diserbu polis.
2010/05/28
SEREMBAN: Seorang gadis yang enak ‘melayan kepala’ bersama tiga lelaki di sebuah rumah di Taman Semarak, Nilai tersentak selepas dikunjungi ‘tetamu tidak diundang’, semalam.
Seorang daripada tiga lelaki ditahan bersama gadis itu, teman lelakinya dan suspek direman untuk siasatan lanjut.
Mereka antara 37 yang ditahan dalam Ops Tapis Khas polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang diselaraskan Pegawai Turus Risikan/Operasi/Tahanan, JSJN IPK Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin di kawasan Nilai, Mambau dan Rantau bermula jam 8 malam kelmarin hingga jam 6 pagi semalam.
Ketua JSJN Negeri Sembilan, Superintendan R Ravi Chandran, berkata dalam operasi berkenaan, seorang lelaki ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.
“Tiga ditahan kerana memiliki sejumlah dadah, manakala sembilan lagi ditahan kerana memasukkan dadah ke dalam badan. Seramai 24 lagi ditahan kerana disyaki penagih,” katanya.
Beliau berkata, tiga daripada 37 yang ditahan itu wanita, seorang berusia 27 tahun manakala dua lagi masing-masing berusia 18 tahun.
hmetro
Share
Yang kena serbu tu towkeynya tak bayar pau!
BalasPadamAda banyak lagi...seberang jalan je depan balai..tak ambil kisah pun sebab towkey settlekan pau!
kalau dah tahu seberang jalan aje..pergilah repot..kalau dah repot masih takdak tindakan barulah boleh komplen..ramai yg cakap aje tapi bila suruh repot...alih2 jawapnya..aku pun dengar dari mamat tu...inilah masalahnye......jgn asyik tuduh2 aje....dengar dari orang lain...last-last tak tau sapa yg bagitau...
BalasPadamsaya pun syak byk lg di Tmn Semarak warga indonesia. tlg lah buat sesuatu sebelum is berleluasa. taman semarak dekat dgn Huallon Hostel, Jalan 2/7G Taman Semarak 2
BalasPadamrumah urut kat alamat atas tu memang betol... sy nie isteri org. suami keja di klia. dan saya dpt tahu dia sering ke jalan 2/7G alamat seperti diatas. Buntu n x tahu nak buat ape... perempuan indon nie asyik call dia. sy ade 3 anak n harap ade sesiapa yg baca tlg serbu kawasan itu. pihak polis sepatutnya pantau selalu kawasan itu supaya gejala maksiat membabitkan suami org nie dpt dibenteras sama sekali....
BalasPadam