Sabtu, Mei 29, 2010
Sanggup lari bogel jika Argentina juara: Maradona
JURULATIH Argentina, Diego maradona berjanji akan berlari secara berbogel sepanjang jalan di Buenos Aires jika pasukannya berjaya memenangi Piala Dunia yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1986.
Maradona memenangi trofi itu pada Piala Dunia Mexico 1986 sebagai pemain dan kali ini sebagai jurulatih pasukan.
Jurulatih yang sentiasa di selubungi kontroversi itu kali ini berjanji akan berbogel jika berjaya mengemudi Argentina mengecapi kejayaan di Afrika Selatan.
“Jika kami menang, saya akan berlari bogel di Obelisk di Buenos Aires,” katanya setelah melihat kemenangan bergaya anak buahnya membelasah Kanada, 5-0.
Maradona turut meletakkan pemain terbaik dunia, Lionel Messi di bangku simpanan dalam perlawanan persahabatan kerana bimbang pemain itu akan mengalami kecederaan.
“Jika kamu mengalami kecederaan, saya akan ditembak, kamu tahu di mana,” katanya kepada Messi.
Messi kini sedang berusaha mencapai aksi terbaik bersama negaranya dan menjelaskan beliau tidak bermain di posisinya di bawah kendalian Maradona.
Penyerang itu diletakkan posisi bebas di hadapan dua penyerang, namun dilihat dapat beraksi dengan baik di bahagian kanan sewaktu beraksi bersama kelabnya, Barcelona.
Namun, Messi mendakwa segalanya bergantung kepada Maradona.
“Saya tidak tahu, ia keputusan Diego. Namun saya fikir Argentina mempunyai begitu ramai pemain terbaik di bahagian hadapan,” kata Messi.
“Saya tidak akan berubah. Saya akan bermain dengan cara yang sama. Saya berharap dapat melakukan apa yang saya lakukan di Barcelona bersama pasukan kebangsaan. Saya telah memenangi banyak gelaran secara individu, kini saya mahu melakukannya bersama Argentina,” katanya.
sinarharian
Share
hoahahaha
BalasPadam