Rabu, Mei 26, 2010
Godaan Cewek Gedik
Curi suami
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
SELAYANG: Belum pun reda isu anak dara kita dilarikan lelaki Lombok, kini muncul pula kelompok gadis ‘parasit’ dari tanah seberang yang kepingin bersuamikan lelaki dari negara ini sebagai jaminan untuk menikmati hidup mewah sehingga sanggup menggunakan sindiket nikah haram untuk mengikat lelaki tempatan.
Kebanyakan gadis gedik itu menggelarkan kegiatan mereka sebagai ‘kerja lerong’ dengan mereka menyasarkan lelaki tempatan yang agak berusia dan berpendapatan lumayan untuk digoda sebelum diajak berkahwin menggunakan khidmat sindiket yang dianggotai kalangan warga asing.
Lebih menggemparkan, gadis ‘gila jantan’ terbabit dinikahkan satu sindiket yang diupah konco lerong itu bagi memudahkan mereka mengikis harta dan boleh bermewah di negara ini.
Kegiatan tidak bermaruah itu menyebabkan ramai lelaki tempatan yang sudah berumah tangga menjadi gila bayang sehingga sanggup mengabaikan isteri dan anak-anak hanya gara-gara penangan cinta ‘cewek’ dari seberang.
Perkara itu didedahkan seorang isteri yang menderita selepas suami yang dikahwini sejak 24 tahun lalu tiba-tiba kemaruk untuk berkahwin dengan gadis seberang hanya selepas perkenalan singkat.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Salma, 40, berkata dia tidak hanya ditinggalkan suami, malah dipukul hampir saban hari hanya kerana suaminya itu tergila-gilakan seorang gadis dari Jawa.
“Sebelum ini, saya bahagia bersama suami lantaran sudah mendirikan rumah tangga selama 24 tahun. Dia suami yang penyayang dan sentiasa menjaga kebajikan saya serta empat anak kami. Hidup saya sangat bahagia sebelum kehadiran gadis durjana itu,” katanya.
Dia berkata, suaminya yang bekerja sebagai pemandu bas di ibu kota sebelum ini berkenalan dengan seorang gadis berasal dari Pulau Jawa dikenali sebagai Sumarni.
“Kehadiran Sumarni membawa bencana dalam hidup kami anak-beranak apabila suami mula melupakan tanggungjawab. Dia kerap tidak pulang ke rumah, malah lebih menyedihkan selalu ‘naik tangan’ ke atas saya sedangkan sebelum ini saya tidak pernah dikasari.
“Tidak cukup dengan itu, dia juga mula mengeluarkan kata-kata kesat dan hinaan kepada saya. Saya dan anak-anak ditinggalkan hampir setiap malam. Sakit dan demam kami langsung tidak dipedulikan,” katanya.
Salma berkata, dia menderita apabila ditendang dan ditumbuk suami setiap kali dia bertanya sesuatu atau meminta wang sara hidup harian.
“Entah berapa ratus kali saya disepak terajang macam bola oleh suami hampir setiap hari gara-gara meminta wang belanja rumah dan wang sewa rumah. Dia pula lena diulit gadis itu setiap malam, saya tidak tahu sama ada mereka sudah bernikah atau belum.
“Apabila ditanya, dia mengaku sudah berkahwin dengan gadis itu, tetapi tiada sijil nikah kerana mereka dikahwinkan sindiket terbabit,” katanya.
Menurutnya dia yang menyiasat perkara itu mendapat tahu gadis yang menggoda suaminya sebahagian daripada ahli sindiket warga asing yang aktif menggoda dan memikat lelaki tempatan terutama di kalangan suami orang.
“Mereka ini masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebelum mencari mangsa di sekitar ibu kota. Gadis yang memikat suami saya memperoleh kemewahan diidamkan sebelum pulang seketika ke tanah airnya.
“Mereka akan datang semula ke sini untuk meneruskan aktiviti jahat dengan bermodalkan ikatan perkahwinan sindiket haram yang termetrai,” katanya.
Pada masa sama, Salma berkata, dia tidak sedap hati apabila melihat leher suaminya penuh dengan gigitan cinta seolah-olah lelaki itu sudah melakukan hubungan seks dengan gadis seberang itu.
“Lebih menyedihkan, saya pernah dicekik suami di dalam bas kerana disuruh perempuan terbabit. Kejadian yang hampir meragut nyawa menyebabkan saya membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi sejurus selepas kejadian.
“Mungkin gadis itu sudah buat jampi serapah kepada suami...apa juga yang disuruh janda anak satu itu dituruti, disuruh pukul, dipukulnya saya, saya juga pernah menerima enam jahitan di kening akibat terkena balingan nombor plat kenderaan suami,” katanya.
Difahamkan, Sumarni kerap menghantar SMS kepada Salma dengan kata-kata berbaur ugutan termasuk mahu melarikan suaminya ke seberang sekiranya hubungan mereka terus diganggu.
Malah, hidup Salma ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila anak-anaknya terpaksa berhenti sekolah berikutan masalah kewangan dan tertekan sikap bapa mereka yang mengabaikan tanggungjawabnya.
Difahamkan, Salma sudah empat kali ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk meminta bantuan menyelesaikan masalah rumah tangganya, tetapi setakat ini usahanya belum menampakkan hasil.
hmetro
Share
perkahwinan suami salma tidak sah dari segi undang-undang pernikahan negara kita...jadi pihak Jabatan Agama Islam harus mainkan peranan la....kesian kat salma tu...wahai pegawai2 majlis Agama Islam...anda bertanggungjawab menguruskan dan membela kes2 teraniaya macam kes salma...tuan2 duk dalam opis ekon mungkin tak terasa kepanasan yang salma rasa....jadi sedar2lah tangungjawab atas bidang tugas yang dibayar imbuhan kepada tuan2 tu...
BalasPadamsempat ke pegawai2 JAI kita ni nak tolong salma....masa dulu2 kan...saya ada tengok la...tuan2 kita duk sibuk layan kempen mengundi kerajaan....umno + BN la...sekarang ni tak tau laaa...tapi kalau tengok guru2 KAFA...rata2nya ustaz yang ngajar KAFA adalah pnyokong2 umno....kalu yang sokong pembakang pun 2 3 kerat je...ni pun kena senyap2 je...
BalasPadam