Rabu, Mei 26, 2010

Pencari petai jumpa bom

BALING 25/05/2010 — Dua pencari petai hutan hari ini terkejut apabila besi buruk yang disepak dan diketuk mereka di hutan Gunung Gadong, Siong di sini, rupa-rupanya sebutir bom lama.

Zaini Md. Edi, 31, dan Ayub Abdul Rahman, 30, dari Kampung Kuala Kedua yang terletak kira-kira tiga kilomter dari hutan tersebut, berkata mereka mengetuk

“besi buruk” itu beberapa kali setelah menyepaknya.

"Kami mengorek besi tersebut dengan parang dan terkejut apabila mendapati ia adalah bom,” kata Ayub semasa ditemui di sini, hari ini.

Katanya, mereka mengambil keputusan mengalihkan bom lama itu ke kawasan lebih tinggi sebelum membuat laporan di Pondok Polis Kampung Lalang, Siong.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Kuala Kedua, Al Mokhtar Ahmad, 49, berkata sebelum itu, penduduk kampung menemui sebutir lagi bom lama tidak jauh dari tempat bom tersebut ditemui.


Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...