Jumaat, Mei 28, 2010

Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan


Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.


Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, yang juga ketua penerangan PKR berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

Menurut ahli majlis Selayang, Lee Khai Loon, mereka boleh menghalang aktiviti perjudian dengan mengawal pengeluaran lesen premis perniagaan, yang mensyaratkan jenis perniagaan yang mereka jalankan.

"Premis perjudian seperti Sports Toto menyenaraikan loteri sebagai item perniagaan mereka, justeru, pertaruhan sukan bukan dalam senarai itu.


"Untuk menyenaraikan pertaruhan sukan sebagai antara item perniagaan, pengendali perlu membuat permohonan kepada majlis tempatan dan pendirian kami adalah untuk menolak permohonan seumpama itu,” katanya sambil menambah keputusan mereka adalah sebulat suara.

Malah menurut Khai Loon, yang juga adalah ketua penerangan Pemuda PKR, pihak majlis tempatan tidak akan teragak-agak menutup premis yang menawarkan judi sukan.

"Kita mempunyai 24 ahli majlis dan dengan bantuan orang ramai yang juga akan menjadi mata dan telinga untuk Majlis Perbandaran Selayang," katanya.


malaysiakini



Share

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama28/5/10 6:59 PG

    judi kuda tu bukan sukan?.. da ma chai?... yg tu tak salah ke?.. tk benteras ke?? luaskan skop sukan tu bukan "bola" sahaja. dan bukan perkataan "sukan" sahaja.. "judi" tu pon patut dibenteras dan ditarik lesen mereka. kalau still benarkan "judi" dulu dan sekarang sama je aliran... benarkan judi walaupon dah ambik alih pemerintahan....

    PBT lain tk perlu tergesa gesa nak cari publisiti isu judi bola nie kerana kalau tutup terus n tarik lesen "judi" so tk perlu penguatkuasaan dan kawalan...

    ... ada otak.. pakai!!...

    pacat

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...