Rabu, Mei 05, 2010

Noh biadap, hina rakyat Kelantan



Rizal Tahir

KOTA BHARU, 4 Mei: Kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi amaran kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘jangan bawa perangai Kelantan ke Selangor’ sebagai biadap.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, juga turut menyifatkan ungkapan itu seperti menghina rakyat di negeri ini keseluruhannya apabila Noh dengan angkuh turut menyifatkan Nik Aziz tidak menghormati undang-undang dan sultan sebagai ’perangai orang Kelantan’.

Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Fadzli Shaari, berkata Noh sepatutnya memahami dengan jelas kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru adalah secara umum dan tidak merujuk kepada titah Sultan Selangor.

“Bahkan kali pertama Menteri Besar menjawab soalan wartawan di sidang media ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor tanpa merujuk kepada titah Sultan Selangor.

“Berkali-kali Tuan Guru menjelaskan pendiriannya bahawa parti politik tidak boleh dibincangkan di atas masjid, namun menerangkan juga politik Islam di atas masjid tidak wajar untuk dilarang,” ujarnya.

Jelasnya, bagi Tuan Guru, perbuatan itu secara tidak langsung akan memisahkan terus Islam dengan politik sebagai mana ajaran sekular.

Beliau menambah, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani perlu sedar pihak yang menggunakan masjid untuk tujuan politik di Selangor ialah Umno.

“Ini termasuklah majlis solat hajat dan doa selamat untuk calon MIC yang dibuat di atas masjid dan diiklankan secara besar-besaran melalui sepanduk-sepanduk yang digantung.

Adakah perbuatan Umno ini halal pula di sisi mereka?” soalnya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Noh, “janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor” menghina sunnah Rasulullah s.a.w.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan, tegasnya menuntut supaya Noh menarik balik kenyataannya.

harakahdaily



Share

4 ulasan:

  1. dah perangai budak kelantan cam tu nak buat macam mane.datang tempat org buat onar.tgk kat lembah klang ngn jb penuh dgn mat kelantan.mat pau kat pudu pun org kelantan.Negeri mundur dtg negeri org buat onar.Aku ckp org die bukan nik aziz.

    BalasPadam
  2. perantau boy6/5/10 10:35 PG

    hang jgn dok org klate.. hang ingat org negeri hang baik ko... cuba mu tgk di kat u ko maktab ko mana instusi2 org klate jadi mejoriti.. org klate ramai jadi pegawai kjaan,bussiness man, ada syarikat sendiri.. org negeri mu byk keje kilang, kutip sampah, sedar tok.. org klate ado karisma yg tersendiri gedebe tapi cerdik.. Tok sah bangga lah maju sebab banyak kilang dan shopping complek.. org negeri kau tu keje jurujual je bukan tauke....

    BalasPadam
  3. heh ckp lebih.sikap assobiyoh org kelantan xnak campur ngn org.sebab tu gedebe tak tentu psl.majoriti pekerje kilang lembah kelang dan jb adalah org kelantan.mat curi motor banyak org kelantan.sebab tu nak jd pembangkang bukan nak islam sgt pun.satu lagi ko keje ape duk bangge ngn org kelantan?.sikap berpuak-puak org kelantan sebab tu payah nok ajar.kerusi stadium abis rosak kalo tgk bola.Tgk ajk PAS pusat mane ade org Kelantan.Diorng tahu mat kelate payoh nak bawa berbincang.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama7/5/10 7:43 PG

    kelihatan statement Noh banyak attack peribadi TGNA je kurang dari pandangan lslam. Gon back to the teaching of lslam, all will be di Redhai Allah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...