2010/05/05
JOHANNESBURG: Seorang tauke kelab bogel ditembak mati di Johannesburg, semalam dan polis masih memburu suspek yang melarikan diri selepas memaklumkan mengenai tindakannya.
Lolly Jackson - yang menggelar dirinya sebagai The King of Teaze dalam autobiografinya - ditembak di rumah suspek.
Jurucakap polis, Eugene Opperman, berkata motif pembunuhan itu masih belum diketahui.
“Seorang lelaki menghubungi polis dan mengaku bertanggungjawab menembak mati Jackson.
“Dia dipercayai melarikan diri dengan kereta mangsa,” katanya.
Jackson memiliki rangkaian kelab bogel eksklusif yang dikenali dengan nama Teazers di seluruh Johannesburg dan tidak asing dengan kontroversi.
Kegemarannya kepada kenderaan berkuasa tinggi menyebabkan dia pernah ditahan kerana memandu kereta Lamborghini pada kelajuan 249 kilometer sejam pada 2005.
Ketika disoal siasat, Jackson mendakwa kononnya dia dalam perjalanan ke gereja.
April lalu, dia didakwa di mahkamah kerana memeras ugut, menculik dan menipu seorang bekas penari bogelnya.
Pembunuhan Jackson berlaku 37 hari sebelum Piala Dunia bermula di Afrika Selatan, sekali gus menarik perhatian orang ramai kepada isu jenayah di situ. - Reuters/hmetro
Share
apa nak buat dgn Raja jubor...MR POOL ..ingat mati di sula..kahkakahkk
BalasPadamRaja Pungkoq Malaysia mungkin boleh ambik alih bisnes Raja Bogel tu.
BalasPadam