2010/06/25
KUALA LUMPUR: Adegan lucah kononnya membabitkan penyanyi Peterpan, Ariel dan pasangannya aktor dan pengacara, Luna Maya, kini dikesan mula dicetak dalam cakera video digital (DVD) dan dijual dengan harga RM15 sekeping.
Bagi menarik perhatian pembeli terutama di kalangan warga Indonesia, DVD berkenaan diberi judul, ‘Indonesian Sex Scandal’. Bagaimanapun, DVD itu turut dimuatkan dengan adegan lucah lain tiada kena mengena dengan kedua-dua artis popular itu.
Penjualan DVD berkenaan terbongkar dalam satu operasi khas Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bandar Sri Damansara, dekat sini, petang kelmarin.
Ketua KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nor Aziah Abdullah berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 20-an sedang menjual pelbagai DVD diletakkan dalam satu kotak, kira-kira jam 4.30 petang.
“Kebiasaannya, penjual DVD cetak rompak akan membuka kaunter kecil tetapi lelaki terbabit membawa kotak sambil memperagakan DVD dijual kepada pelanggan terutama yang sedang menjamu selera di dalam restoran.
“Hasil pemeriksaan, kami menemui ratusan DVD tidak diluluskan dan lucah termasuk DVD adegan lucah artis popular Indonesia itu dalam kotak dibawa lelaki terbabit,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan pemantauan, lelaki terbabit hanya menawarkan DVD secara diam-diam dan sebaik pelanggan menyatakan DVD dikehendaki, suspek mengeluarkan bahan terbabit dan mula berurusniaga.
HM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...