Zaid : PR ke arah memerintah
Oleh: Lim Hong Siang
Meskipun Pakatan Rakyat kini diselubungi kekhuatiran bahawa sokongan Melayu semakin mengalih ke Barisan Nasional, namun tanggapan ini disangkal oleh Zaid Ibrahim, yang tetap optimis bahawa matlamat PR dalam pilihan raya umum ke-13 adalah untuk memerintah di negara ini.
Ketika ditanya apakah langkah seterusnya seandainya Barisan Nasional berjaya mengembalikan majoriti dua pertiganya dalam parlimen, Zaid Ibrahim (gambar) terus menyifatkan matlamat "menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen" sebagai "agenda lama", malah yakin bahawa PR akan mara untuk menjadi kerajaan persekutuan di Malaysia.
"Saya tidak berfikir untuk menafikan dua pertiga BN, itu agenda lama. Kami akan memerintah di negara ini. Kamu orang (wartawan) tak percaya, itu masalahnya. Kamu ingat ini tidak boleh dilakukan," tegasnya.
"Jadi, Dato, anda yakin bahawa PR akan memerintah?" tanya wartawan lagi.
"Memang! (Of course)" jawabnya dengan tangkas. Zaid Ibrahim menambah, "Kerajaan ini sudah terdesak (desparate). Mengapa mereka membelanjakan RM150 juta (dalam PRK)? Kerana mereka takut!"
Beliau seterusnya melontarkan satu soalan kepada wartawan, "Apakah anda rasa kerajaan yang yakin dengan dirinya, akan membelanjakan wang sedemikian? Ini persoalan yang harus anda tanya."
Walaupun satu soal selidik Merdeka Center baru-baru ini memperlihatkan peningkatan tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri Najib Razak kepada 72%, namun Zaid Ibrahim tetap mendakwa bahawa BN masih tidak yakin untuk berdepan dengan rakyat. Pembubaran DUN Perak, PRK di DUN Kota Siputeh, antara cabaran Zaid Ibrahim kepada BN, seandainya kerajaan BN mahu membuktikan keyakinan terhadap prestasi dirinya.
Baca lagi di merdekareview.
siapa sebenarnya yang desperate ?
BalasPadam