Jumaat, Jun 18, 2010
FIKIRKAN MATI!!!
Dalam menempuh cabaran hari-hari mendatang banyak dugaan yang perlu kita tempuh,hari-hari kita pasti ada sahaja yang menjadikan kita lebih berfikiran matang,keluar sahaja dari rumah,pastikan sinar metahari meneman kita,dan kalau lah matahari boleh berkata,pasti dia akan berkata:”wahai manusia,harap-harap kau dapat menempuh hari ni dengan penuh ketenangan”.maksudnya kat sini,pastinya matahari pun merasakan kita perlu menempuh hari-hari yang penuh dugaan dengan penuh ketenangan dan kesabaran,pastinya.
Pernah tak kamu semua berfikir dengan KEMATIAN???apa yang akan kita lakukan ketika saat kita MATI???masa kita MATI tu kita buat apa???Kemana kita akan pergi setelah kita semua di kebumikan???pernah x kamu semua terfikir???Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda mengatakan bahawa “orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati”,Tiap hari,saat detik yang berlalu belum pasti menjadi kita punya hari,mungkin kita ni esok je lagi tinggal,mungkin kita ni minggu depan,mungkin bulan depan atau mungkin kejap lagi,saat kematian pasti kita semua akan tempuh,soalannya,PERNAH TAK ANDA SEMUA BERFIKIR TENTANG KEMATIAN???
Kematian adalah suatu yang saat pasti yang akan kita semua akan tempuh,setiap MANUSIA,ALLAH berfirman dalam al-Quran “setiap manusia pasti akan menempuh kematian”
Hari jumaat aritu,ana berbincang dengan kawan ana tentang kematian,banyak yang kami depat dengan perbincangan tu,adakala kita kene fikir kematian,kawan ana cakap kita selalu kata takut MATI tapi sepatutnya kalau takut akan KEMATIAN,kenapa tiada PERUBAHAN???asyik-asyik ada di takut lama,tak solat,tak puasa,hairan,takut mati,tapi tak nak buat AMAL….sifat WAHAN,atau CINTAKAN DUNIA TAKUTKAN MATI memang sentiasa ada dalam hidup seorang muslim,kawan ana cerita lagi,dia sangat marah sangat dengan kawan-kawannya yang mana ketika orang sibuk solat berjemaah ASAR,mereka tidur,bila di kejutkan MARAH!!!tapi lepas waktu riadah dalam pukul 5.30ptg mereka yang tidur tadi terus bangun dan ambil “boot” kasut sukan untuk main bola,dan terus main bola,lepas tu ada yang kata pada kawan ana tu,”KO TAK NAK RIADAH KE???CUBA-CUBALAH RIADAH,RIADAH TU PENTING UNTUK BADAN,APA LAH NAK JADI KO NI!!”…bayangkan kawan-kawan,mereka lebih mementingkan RIADAH dari solat,siap cakap APA NAK JADI,yang mereka tak solat tiada masalah pula,ya ALLAH….
Ana baru sahaja habis belajar Fiqh Man Hajj karangan Imam as-Syafie,orang yang tak solat ni,selepas di beri masa untuk bertaubat dan di beri masa untuk kembali pada jalan ALLAH dan mereka masih lagi tidak solat WAJIB keatasnya DIBUNUH dengan PANCUNG KEPALA,itulah hukum ALLAH…hukum hudud,yang mana ana rasa jika dilakukan di MALAYSIA ni mesti ramai yang dah mati rasanya..
Fikir-fikirkanlah..bumi ni dah ibarat seperti yang dah berumur 100tahun dah,ibaratnya dah banyak penyakit yang di hidapi,so,tunggu masa sahaja untuk lenyap…sama-samalah kita fikirkan atas AMAL kita,fikirkan seberapa banyak AMALAN yang telah kita lakukan,adakah cukup untuk kita jadikan “hujah” dihadapan ALLAH S.A.W “nanti”????
Sumber: wahdahperkongsian
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...