Pemimpin Pakatan Rakyat tidur ke ?
Kalau nak menang hati pengundi Malaysia, hati pengundi Melayu, pemimpin Pakatan Rakyat terutama di parlimen perlu lebih banyak mengetengahkan dan membela nasib rakyat pada masa kini. Antaranya ialah masalah saman ekor seperti di bawah ini. Jangan sibuk nak berpolitik sahaja, siapa nak jadi calon, siapa yang akan lompat parti. Masalah saman ekor ini sepatutnya dibahaskan di parlimen.
Sumber dari http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5770
KERAJAAN sedang perah rakyat..........
"Petang semalam aku sekali lagi ke balai polis untuk menyemak saman salah seorang kawan kerana tidak dapat membaharui road tax akibat disenarai hitamkan.Ada tiga saman yang tidak dilangsaikan yang berjumlah kesemuanya RM1,010-00 di mana salah satunya berjumlah RM750-00.Aku tidak tahu saman apakah ini sehingga kompaunnya berjumlah RM750-00 tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah seperti semasa aku ke balai polis dulu, kali ini ada pula seorang hamba ALLAH yang menerima berita samannya berjumlah RM900-00 kerana blacklist juga.
Kali ini aku boleh mengesahkan cerita seorang kawan tidak lama dulu bahawa sekarang saman ekor juga diblacklist kerana jumlah saman hamba ALLAH tersebut juga hasil saman ekor seperti disahkan oleh kerani kaunter bayaran saman.Ini adalah secebis kisah saman menyaman polis dan JPJ terhadap pesalah pesalah jalanraya yang nampaknya terpaksa memikul beban membayar kompaun tanpa belas kasihan lagi dari kerajaan.Kerajaan sedang memerah keringat rakyat yang sebahagiannya turut melibatkan pengundi pengundi yang memberi undi kepada mereka kerana dana khas sebanyak RM300-00.
Memang sah kerajaan sekarang kekeringan duit dan memag sah kerajaan sedang menggunakan apa jua cara untuk memungut duit dari rakyatnya.Setiap hari kalau ke balai polis atau ke pejabat JPJ,pasti kita akan mendengar kisah kisah blacklist dan jumlah kompaun yang mesti dijelaskan oleh pesalah jalanraya tanpa ada perundingan lagi seperti masa masa yang lalu.Ada duit ker, tak ada duit ker saman mesti dijelaskan seperti ditetapkan.Ambik kau, rakyat Malaysia yang cuai dan baik hati.
Seperti kisah hamba ALLAH yang aku ceritakan tadi, senarai saman ekor yang diterimanya berjela jela, cuma 3 daripadanya sahaja diblacklist dan mesti diselesaikan untuk membolehkannya membaharui road tax.Aku tersenyum sendirian apabila beliau bertanya kerani kaunter saman tentang saman saman ekornya yang lain di mana kata kerani tersebut saman itu masih belum diblacklist dan tak perlu dibayar untuk membaharui roadtax, yang mesti ialah membayar saman yang dibalcklist itu sementara saman saman yang lain tu akan diblacklist kemudian.Ini bermakna, hamba ALLAH ini perlu menyusun semula pendapatannya dan bersedia untuk membayar saman saman yang lain yang pada jangkaan aku berjumlah ribuan ringgit melihat senarai semakan saman yang diterimanya.
Baiknya rakyat Malaysia kepada kerajaan berbaju batik lengan panjang dan berperut gendut.Pada bila bila masa kerajaan memerlukan duit, ada jalan mudah untuk memperolehinya.Kerana itu, polis trafik dan penguat kuasa JPJ diberikan qouta harian dan bulanan saman untuk dipenuhi.Yang gagal memenuhi qouta dianggap tidak cekap dan tidak membuat kerja dengan baik.
Barangkali inilah masanya untuk semua rakyat bersedia untuk memberi duit dengan lebih banyak kepada kerajaan berbaju batik berlengan panjang dan berperut gendut kerana tidak lama lagi negara akan menjadi negara berpendapatan tinggi di mana semuanya tinggi, harga gula tinggi, harga minyak tinggi dan harga mas kahwinpun tinggi.Yang jadi rendah ialah taraf hidup rakyat.Selamat menyerahkan RM(ringgit Malaysia) kepada kerajaan baju batik lengan panjang dan berperut gendut wahai RM(rakyat Malaysia).
Dari RM kerana RM untuk RM.....
amkns.blogspot.com
Polis memang x ada keje lain,keje saman org aje.............cuba pihak polis fikir sendiri hasil duit saman ekor 2?adakah halal utk diorg mkn,bagi anak bini mkn skali....kadang2 org yg kena saman ekor sendiri pun tak buat kesalahan tapi dpt juga surat saman ekor.....Apa kes ni??? Polis pun pakai main hentam aje nak bagi surat saman kat org....
BalasPadamPolis pun bkn semuanya baik
padan muka kau kena saman,bawak kereta macam j/raya dia punya,aku tak pernah pun kena saman..
BalasPadambila kena saman salahkan polis ,memang kepala hotak kau macam pembangkang suka salahkan polis,...diri sendiri salah ,tak mengaku pulak...
bukan nak salah sesiapa dlm hal ni bro,masalahnya skg ni...org yg menunggung motosikal pun kena saman ekor...yg dikesalinya tarikh yg kena saman 2,gua sendiri pun tak menunggang motor.lagi satu tmpt yg kena saman pun x wujud...skg ni nak salah siapa?..gua dianaya oleh pihak polis.itu lah bro,bila kita nk komen sikit pasal polis,siap ada org nak nak bela polis... nk yg kutuk pembangkang...masalah skg ni bkn kita nak tuduh menuduh tapi realiti yg berlaku...klu berlaku keatas korang,apa korang buat,sedangkan kita tidak buat kesalahan..tetapi x pasal_2 dpt saman ekor...? cuba fikir sejenak...jgn pakai nak main kutuk org
BalasPadamsedapnya bahasa yg mamat 2 pakai.. siap komen pdn muka lagi..cuba dia sendiri yg kena...masalahnya skg ni, penunggang motosikal pun dpt juga saman ekor....yg menghairankan aku,aku sendiri pun tidak menungang motosikal dpt juga surat saman ekor dan tempat yg dinyatakan pun,aku tak lalu..habis 2,cakap aku tak mengaku kesalahan...masalahnya aku x buat kesalahan pun.apalah nasib si mamat 2 nak kutuk pembangkang plk...dia ingat bila bela polis,boleh dpt pahala ker....ada otak fikir la.
BalasPadamKalau di luar negara, polis yg buat speed trap ni duduk kat tempat yang jelas pada pandangan pemandu supaya pemandu tak melebihi had laju. Tapi kat Msia,polis ni menyorok dalam longkang,berselindung di sebalik semak macam main paintball....nasib baik depa tak pakai baju celoreng askar je,klu tidak semua pemandu tak nampak..kahkahkah!!!!
BalasPadamKepada mamat yang kata padan muka kena saman tu,harap2 dia bersyukur banyak2.Ini mesti jarang masuk highway atau jarang jalan jauh ni,bawak keta setahun sekali kot..kahkahkah!!!
Kalau tidak puas ati jika kena saman ekor, jangan sakitkan kepala, mohon beli foto DG cam dari IPD yang keluarkan saman tersebut, lepas tu cari peguam dan bawa kes ini ke mahkamah. Jangan asyik dok marah ajee.. lain kali patuh had laju yang dan peraturan yang telah ditetapkan , Insya Allah lepas ini kita tak kena saman oleh polis atau jpj lagi
BalasPadampatutnya foto tu bagi free,klu betul itu dia punya saman ok la beli pun.Kena yg takdak kena mengena dapat saman macam kes plat palsu,takkan la mamat tu nak kena beli pula bahan bukti untuk buktikan dia tak bersalah?
BalasPadamkalau memandu secara betul..tak perlu risau nak kena saman!
BalasPadammasuk tandas pun kena bayar inikan pula proses print dan pos, kena bayarlah upahnya beb. Kalau depa tu salah saman macam no. plat palsu kaa, kita pi buat repot polis dan mohon dengan IPD yang issu saman itu supaya batalkan saman tersebut, tetapi sebelum itu kita kenalah sediakan bukti-bukti kukuh, contohnya foto kenderaan. salinan geran kenderaan kita. Insya Allah depa akan batalkan saman tersebut. selamat mencuba, noo.
BalasPadamsekarang ni orang awam pun boleh buat lapuran ke JPJ guna mms dan e-mail, jadi....kita kena berhati2 semasa memandu dijalanraya kerana kita bukan vip yang boleh guna escort...lepas tu speed melampau, langgar lampu merah, halau orang lain ketepi untuk kita pi dulu dan sbg.
BalasPadamkelabpenyokong@yahoo.com.my
Yg hang pi langgaq undang2 jalanraya sapa suruh. Cuba jalan baik2, kan tak kena saman. Cuba hang bayangkan, kalu suma orang ikut peraturan jalanraya, musti kemalangan pun kurang..
BalasPadammamat tu mmg tak ada kereta mahu motor ... sebab tu la sedap sgt kata padan muka ...dan mmg x pass lesen memandu...
BalasPadam